Pertukaran Kakitangan

Berkuatkuasa 15 April 2019, Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, Pegawai Penyelidik Kanan LESTARI telah ditugaskan untuk mengurus pentadbiran Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) UKM. Beliau menggantikan Cik Ku Adriani Ku Ayob, Pengawai Penyelidik yang telah berpindah tempat bertugas ke LESTARI Kampus Bangi.  Encik Nik Mohd Noor Faizul akan memberikan fokus bagi memperkasakan lagi PPL sebagai salah sebuah kampus cawangan UKM yang menjalankan pelbagai aktiviti latihan dan penyelidikan berkaitan alam sekitar dan pembangunan khususnya inisiatif Langkawi Geopark.