Program CSR bersama Pusat Komunikasi Korporat UKM (PKK)

Anjuran: Pusat Komunikasi Korporat UKM (PKK) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 28 Februari 2020

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi, Langkawi, Kedah

Satu program Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) anjuran bersama Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan di Pulau Langkawi pada 28 Februari 2020 yang lalu. Aktiviti CSR yang dilakukan adalah kerja-kerja mengecat dan menambahbaik persekitaran penginapan di PPL. Para peserta yang hadir turut dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL serta diberi penerangan tentang Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) oleh Pegawai Penyelidik Kanan PPL iaitu En. Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad. Selain itu, para peserta juga berpeluang melakukan aktiviti jelajah hutan (jungle trekking) di Trail Hutan PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.