The 4th Regional Course On UNESCO Global Geopark 2019 – Geotourism and Community Participation

Anjuran: United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 7 – 11 Oktober 2019

Tempat: Ombak Villa, Langkawi, Kedah.

Regional Course On UNESCO Global Geopark adalah merupakan satu program serantau yang menghubungkan semua pentadbir dan pengurus Geopark untuk berkongsi pengalaman, cabaran dan amalan terbaik mereka dalam memimpin dan menguruskan Geopark masing-masing ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari menerusi konsep Geopark. Kursus yang bertemakan geo-pelancongan dan penglibatan komuniti/masyarakat ini disertai oleh pakar-pakar penceramah dan penyelidik tersohor dalam dan luar negara. Antaranya termasuklah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dr. Zhang Jianping, Dr. Kristine Tovmasyan, Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Prof. Dr. Mohd Shafeea Leman, Prof. Dr. Che Aziz Ali, Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, Dr. Tanot Unjah, Dr. Sharina Abdul Halim serta En. Azmil Munif Mohd Bukhari, iaitu Pengurus Besar Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Wakil-wakil pentadbir Geopark daripada beberapa negara yang telah hadir mengikuti kursus ini termasuklah daripada Indonesia, Filipina, Jepun, Uzbekistan, Kazakhstan dan lain-lain. Bagi lawatan lapangan, para peserta kursus dibawa melawat ke kawasan Machinchang Cambrian dan Kilim Karst Geoforest Park. Tempat-tempat yang dilawati termasuklah Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Kereta Kabel Langkawi, Langkawi Geopark Discovery Centre serta lawatan hutan bakau (mangrove tour). Majlis penutup diakhiri dengan lawatan ke Kompleks Kraftangan Langkawi dan diselitkan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) oleh LUGGp dan Ciletuh-Palabuhan Ratu, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.