The 5th Regional Course on UNESCO Global Geopark 2022 (RCUGG ’22): Utilising Geosites for Geotourism Products

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asia Pasific Geoparks Networks (APGN) & Global Geopark Networks (GGN)

Tarikh: 21 – 23 Oktober 2022

Tempat: Hotel Bayview, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 23 Oktober 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asia Pasific Geoparks Networks (APGN) & Global Geopark Networks (GGN) telah menganjurkan The 5th Regional Course on UNESCO Global Geopark (RCUGG ’22) yang bertemakan Utilising Geosites for Geotourism Products. Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh pakar-pakar penceramah daripada pelbagai negara termasuklah Indonesia, Thailand, Vietnam, Iran dan Malaysia. Pakar-pakar penyelidik daripada UKM yang mengendalikan bengkel ini adalah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad. En. Othman Ayeb, selaku Geopark Ambassador dan Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) juga terlibat sebagai penceramah dalam bengkel ini. Selain daripada lawatan lapangan ke Galeri PPL-UKM, para peserta bengkel juga dibawa melawat ke beberapa lokasi dan geosite di sekitar Pulau Langkawi termasuklah di kawasan Taman Georimba Kambria Machinchang dan Kars Kilim. Dr. Juliana Senawi, Ketua PPL-UKM turut serta hadir memberikan taklimat dan penerangan di Galeri PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman