The First Malaysia-UNESCO Cooperation Programme Expert Synthesis Meeting (MUCP)

Anjuran: UNESCO dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Tarikh: 14 – 16 April 2019

Tempat: The Frangipani Langkawi Resort & Spa, Langkawi, Kedah.

The First Malaysia-UNESCO Cooperation Programme Expert Synthesis Meeting (MUCP) yang dianjurkan oleh UNESCO Jakarta dengan kolaborasi bersama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 April 2019, bertempat di The Frangipani Langkawi Resort & Spa. Mesyuarat yang dihadiri oleh pakar-pakar daripada beberapa negara ini bertujuan memastikan kemampanan program MUCP-Malaysia Funds-In-Trust (MFIT) serta menyerlahkan peranan yang dimainkan oleh MUCP dalam memperkuatkan Kerjasama Selatan-Selatan (South-South Cooperation/SSC) di peringkat serantau dan mengorak langkah ke hadapan dalam mengatasi cabaran pembangunan lestari.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.