Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lawatan Peserta Kursus Pemandu Pelancong Tahap 3 (Blue Badge)

Pada 21 Januari 2014, Geo Training Studio telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dengan membawa seramai 25 peserta kursus dibawah program HT 023-3 : Kursus Pemandu Pelancong Tahap 3 (Blue Badge).

Geo Training Studio adalah merupakan Institut Latihan Perlancongan (ILP) yang mengendalikan kursus dibawah Lesen Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perlancongan Malaysia.

Peserta kursus yang dibawa kali ini merupakan penduduk Langkawi yang telah dipilih untuk menjalani latihan selama 6 bulan bagi melayakkan mereka untuk mendapat lesen Pemandu Pelancong (Lencana Biru). Sebahagian daripada latihan peserta ini adalah mengikuti lawatan ke tempat-tempat tarikan pelancongan dan tempat pendidikan perlancongan di Langkawi.

oleh Ku Adriani Ku Ayob.

Translate »