Program Penyelenggaraan Kecil bersama Prasarana UKM

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan PRASARANA UKM

Tarikh: 17 – 20 April 2019

Tempat: Sekitar Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Satu program anjuran bersama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan PRASANA UKM telah diadakan selama 4 hari bertempat di PPL bagi membantu kerja-kerja penyelenggaraan kecil di PPL. Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan termasuklah kerja-kerja mengecat bangunan, menukar pintu utama asrama, pemasangan signage keluar dan lampu kecemasan serta pemeriksaan papan suis utama di bilik MDF.

 

Laporan oleh Muhammad Nikman Ahmadan.