Makmal Perkembangan Kanak-Kanak merupakan salah satu daripada makmal yang terdapat di PsiTra. Ia menyediakan kemudahan kepada pelajar-pelajar di PsiTra khususnya yang berkaitan dengan Psikologi Perkembangan sebagai makmal untuk membuat penyelidikan dan pemerhatian. Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan untuk kanak-kanak dan bayi seperti alat permainan dan buku-buku cerita. Bilik ini amat selesa untuk kanak-kanak melakukan aktiviti kerana ruangnya yang agak besar serta dilengkapi penghawa dingin dan warna yang menarik. Apa yang menarik ialah terdapat alat permainan di makmal ini telah disumbangkan sendiri oleh pelajar-pelajar PsiTra hasil daya kreatif dan inovatif mereka menggunakan bahan-bahan kitar semula. Walaupun makmal ini lebih terarah kepada pelajar Psikologi Perkembangan, ia juga terbuka kepada pelajar-pelajar lain sesuai dengan aktiviti yang hendak dijalankan.

Sila isi borang permohonan untuk menggunakan Makmal Perkembangan Kanak-Kanak. Klik disini

Waktu Operasi :

  • Isnin hingga Jumaat
  • 8.30 pagi hingga 4.30petang

Kakitangan Bertanggungjawab :

  • Pn. Saifuranazzatul Sasnizawati Saad
  • Norehan Jamaluddin

No telefon untuk dihubungi :

  • 03-89215205