Moto, Visi, Matlamat Dan Falsafah

Visi

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia berhasrat memberi tumpuan kepada kajian tentang proses kognitif, tingkah laku manusia dan masyarakat yang boleh diukur dan diperhatikan secara objektif. Unsur saintifik pengajian perlakuan manusia ini diperkasakan dengan pengajian falsafah tentang keinsanan dan pembangunan manusia, untuk menghasilkan satu pengajian tentang pemikiran dan tingkah laku manusia yang mencernakan pengetahuan psikologi saintifik dengan pengetahuan falsafah pembangunan insan.

Misi

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia bertekad meneroka, membina dan mengembangkan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan tingkah laku manusia dengan tujuan akhir untuk membantu memperkasakan potensi manusia dan menyuburkan kesejahteraan dalam kehidupan pekerjaan manusia sejagat.

Matlamat

  1. Menyediakan pendidikan profesional dalam bidang psikologi pada peringkat prasiswazah dan pascasiswazah bagi menyediakan saintis-pengamal yang berketrampilan dalam mengendalikan tingkah laku manusia.
  2. Membangunkan siswazah yang berkemahiran tinggi dalam penyelidikan berorientasikan psikologi bagi menggerakkan penerokaan ilmu psikologi dan pengajian pembangunan manusia sebagai penerusan kepada tradisi global sambil mengembangkan ilmu psikologi dan teknologi pembangunan manusia yang bersifat tempatan.
  3. Menyediakan siswazah yang berkemahiran tinggi dalam urusan pengendalian, membangun dan mengembangkan tingkah laku dan kognisi manusia dalam unsur-unsur keluarga dan masyarakat dengan tujuan akhir meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti.
  4. Melahirkan siswazah yang berkemahiran untuk menjalankan kerja-kerja sosial dan pertolongan kemanusiaan serta berupaya menjana secara kreatif perkhidmatan manusia yang peka kepada keperluan kesejahteraan manusia.
  5. Menyediakan siswazah masa depan yang mampu menghasilkan dan mengaplikasikan teknologi dan komunikasi maklumat untuk menterjemahkan potensi pemikiran manusia ke dalam bentuk jentera dan peralatan manusia serta membangun persekitaran kerja yang kondusif bersesuaian dengan wawasan mewujudkan negara industri.