PsiTra Klinik Psikologi dan Konsultasi (PKPK) – Kaunseling

PsiTra Klinik Psikologi & Konsultasi (PKPK) merupakan salah satu daripada keistimewaan yang terdapat di PsiTra kerana ia menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga UKM (pelajar/kakitangan) dan masyarakat setempat. Pada masa kini, terdapat 8 bilik yang digunakan secara aktif untuk menjalankan perkhidmatan psikologi dan kaunseling iaitu 5 bilik kaunseling individu , 2 bilik kaunseling kelompok dan sebuah bilik rundingan. PKPK menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling meliputi pelbagai aspek permasalahan individu seperti:

  • Masalah kebimbangan
  • Masalah hubungan interpersonal
  • Masalah keyakinan diri
  • Masalah tidak bermotivasi
  • Masalah kerjaya
  • Masalah keluarga
  • Masalah pembelajaran
  • Masalah kemarahan
  • Masalah tekanan/stres
  • Masalah kemurungan
  • Masalah komunikasi
  • Dan lain-lain

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling pada masa kini diberikan oleh pensyarah di PsiTra yang terdiri daripada ahli Psikologi pelbagai bidang seperti Kaunseling, Industri dan Organisasi, Psikologi Klinikal, Psikologi Perkembangan dan Kerja Sosial. Perkhidmatan kaunseling misalnya diberikan oleh pensyarah bidang kaunseling yang masing-masing memiliki sijil perakuan amalan selaras dengan keperluan Akta Kaunselor 1998.

 

Pada masa kini operasi PKPK dibuka pada hari dan waktu seperti berikut:

  • Hari bekerja iaitu Isnin - Jumaat
  • Jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Waktu temujanji adalah tertakluk kepada kelapangan kakitangan yang terlibat. Untuk membuat temujanji atau pertanyaan, sila hubungi kakitangan berikut:

  • En. Mohd Aiman Rosli
  • En. Muhamad Faiz Mohd Zawawi

Hubungi :

  • 03-8921 3596