POSTGRADUATE ROOM

Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia adalah antara pusat pengajian di FSSK yang mempunyai bilangan pelajar pasca siswazah yang agak ramai. Justeru, terdapat keperluan untuk mempunyai ruang pembelajaran yang kondusif bagi kegunaan pelajar. Atas dasar keprihatinan ini, sebuah ruang/bilik telah disediakan bagi kegunaan pelajar yang berada di kampus. Ruang ini mempunyai kubikel-kubikel dan setiap kubikel ini mempunyai set kemudahan fizikal asas untuk pembelajaran seperti kerusi, meja dan laci. Terdapat juga meja di ruang tengah bagi tujuan perbincangan. Bilik ini terbuka kepada pelajar untuk digunakan pada waktu-waktu pejabat. Kedudukan bilik yang terletak di tingkat 1 Blok E dan berhadapan dengan Pusat Sumber PsiTra memberikan pelajar satu ruang pembelajaran yang strategik dan sunyi bagi tujuan pembelajaran yang optimum. Pelajar yang berminat dan ingin menggunakan Bilik Pasca Siswazah boleh menghubungi  Pn. Saifuranazzatul Sasnizawati Saad atau Pn. Norehan Jamauddin di talian ini 03-8921 5205.