SCHOOL LIBRARY AND INVENTORY
PsiTra dilengkapi dengan pusat sumber yang menyediakan alat-alat ujian dan pengukuran psikologi yang lama sehingga yang terkini. Selain itu, pusat sumber ini juga menempatkan buku-buku rujukan berkaitan bidang psikologi sebagai alternatif sumber rujukan pelajar selain daripada perpustakaan Tun Sri Lanang. Pada masa kini, terdapat lebih kurang 160 alat ujian dan pengukuran psikologi yang terdapat dalam koleksi Pusat Sumber ini. Ia juga menempatkan tesis-tesis pelajar Sarjana Muda, Sarjana sehingga PhD. Pelajar boleh menggunakan ruang bacaan yang disediakan di Pusat Sumber ini untuk mencari bahan dan mengulangkaji pelajaran.
Senarai tajuk Alat Ujian Psikologi yang ada. Klik disini
Waktu Operasi Pusat Sumber:
· Isnin – Khamis 8.30 pagi - 12.00 tengahari 2.30 petang - 4.30 petang |
· Jumaat 8.30 pagi - 12.00 tengahari 3.00 petang - 4.30 petang |
Kakitangan Bertanggungjawab:
- Saifuranazzatul Sasnizawati Saad
- Norehan Jamaluddin
No Telefon Pusat Sumber :
- 03-89215205