Skim Zamalah

PEMBIAYAAN KEWANGAN DI BAWAH KENDALIAN PUSAT PENGURUSAN SISWAZAH

JENIS SKIM ZAMALAH

  • Zamalah Canselor
  • Zamalah Universiti Penyelidikan

SYARAT AM

  • Mod penyelidikan dan penyediaan tesis;
  • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai penerbitan Scorpus/ISI (sekurangkurangnya satu);
  • Tidak menerima apa-apa pembiayaan kewangan lain kecuali GRA;
  • Tidak menukar pengajian, menangguh atau menggantung pengajian;
  • Keputusan daripada Jawatankuasa semasa pemilihan adalah muktamad.

ZAMALAH CANSELOR

  • Permohonan terbuka kepada semua calon tempatan dan antarabangsa (calon PhD);
  • Bukan pelajar berdaftar;
  • Pembiayaan akan berkuatkuasa sebaik sahaja calon mendaftar sebagai pelajar Doktor Falsafah berdaftar secara sepenuh
    masa;
  • Keputusan akademik 3.67 dan ke atas (prasiswazah) dan cemerlang di peringkat Sarjana
  • Tidak menerima biasiswa atau sebarang bantuan kewangan daripada pihak lain untuk membiayai pengajian
  • Penerima Zamalah Canselor dikehendaki menjalankan penyelidikan yang ditetapkan dalam program pengajian masing – masing dan membantu dalam pengajaran yang ditentukan oleh fakulti, tetapi tidak melebihi 6 jam seminggu;
  • Penerima zamalah ini juga dikehendaki menandatangani perjanjian yang antara lain tidak membenarkan mereka menukar pengajian pada bila – bila masa tanpa persetujuan penyelia/Dekan fakulti serta mendapat kelulusan Pengarah PPS,memastikan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi syarat – syarat lain seperti yang ditetapkan oleh Universiti;
  • Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun
    • TEMPOH PEMBIAYAAN

      • Bermula dari semester pertama pendaftaran untuk tempoh maksimum tiga (3) tahun

      KADAR PEMBIAYAAN

    Elaun Bulanan RM 4000.00
    Yuran Pengajian Dikecualikan
    Yuran Pemeriksaan Tesis Dikecualikan (sekali sahaja)
    Elaun Tesis RM 500.00

    *Penerima Zamalah Canselor UKM hanya dikecualikan daripada membayar yuran pengajian dan yuran pemeriksaan tesis sahaja manakala bagi yuran – yuran selain yang dinyatakan di atas, adalah menjadi tanggungjawab pemegang skim ini untuk menjelaskan ;

SKIM ZAMALAH UNIVERSITI PENYELIDIKAN

    Syarat – syarat permohonan

    • Terbuka kepada calon siswazah berdaftar dan calon yang ingin memohon bagi mengikuti pengajian siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia secara penyelidikan dan sepenuh masa;
    • Calon yang mempunyai kelayakan akademik yang baik di peringkat ijazah sarjanamuda dan sarjana atau kelayakan lain yang setara dengannya,
    • Cadangan penyelidikan yang baik dan bermutu selaras dengan nic penyelidikan Universiti;
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah menerbitkan sekurang-kurangnya SATU jurnal terindeks di Scopus/ISI (bagi pemohon di peringkat doktor falsafah sahaja;
    • Pemohon yang merupakan penerima biasiswa lain adalah tidak layak memohon kecuali Pembantu Penyelidik Siswazah dan MyBrain15;
    • Tawaran adalah berkuatkuasa sebaik sahaja calon mendaftar sebagai calon siswazah (pemohon yang telah memohon bagi mengikuti pengajian siswazah di UKM;
    • Nilai pembiayaan

    • Elaun bulanan ATAU/DAN pembiayaan yuran pengajian;
    • Doktor Falsafah : RM1800 hingga RM2300 sebulan
    • Sarjana : RM1600 hingga RM1800 sebulan
    • Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun dan proses pemilihan akan dibuat sebanyak tiga kali setahun (April, Ogos dan Disember)

    Cara memohon:

    • Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Pusat Pengurusan Siswazah, UKM (www.ukm.my/pps) atau pemohon boleh hadir sendiri ke Pusat Pengurusan Siswazah, Blok B untuk mendapatkan borang tersebut

    Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
(u.p: Unit Hal Ehwal Pelajar, Alumni, Jaringan Industri dan Masyarakat)
03-8921 5162/3100
pphepa.pps@ukm.my