Program Oleokimia
Bidang oleokimia merupakan pemahaman, pengubahsuaian dan penggunaan bahan-bahan kimia mesra alam yang berasaskan daripada bahan asas minyak dan lemak daripada tumbuhan dan haiwan sahaja. Dewasa ini bahan-bahan oleokimia dapat dihasilkan daripada minyak dan lemak tumbuhan, samada melalui proses pemecahan ataupun pengubahsuaian secara bermangkin, tanpa mangkin atau berenzim. Bahan-bahan oleokimia boleh terus digunakan sebagai bahan asas dalam industri samada dalam industri makanan dan juga industri bukan makanan setelah melakukan [penambahna dan pebgubahsuaian tertentu untuk menukarkannya kepada kepada sebatian oleokimia lain untuk pelbagai guna. Penggunaan minyak dan lemak dalam industri makanan (80%) telah lama dikenalpasti terutamanya penggunaan secara terus dalam proses pembuatan bahan makanan. Penerokaan penggunaan sebatian oleokimia dalam sektor industri pembuatan (20%) seperti bahan termaju, binaan, jentera, percetakan, pencucian, farmaseutikal, penjagaan dan perapian diri telah membantu industri minyak dan lemak terutamanya industri sawit negara. Ini memungkinkan negara kita boleh muncul sebgai negara majuyang berdaya saing dan terus menerajui industri oleokimia dunia kerana negara kita adalah pengeluar utama minyak sawit dunia.
Pembentukan kurikulum merangkumi penyediaan pelajar tentang asas ilmu kimia dan kimia analisis diikuti dengan kursus-kursus khusus dalam bidang oleokimia dan lain-lain kursus pelangkap. Peringkat 1000 meruapakan tahap pembinaan ilmu asas kimia. Pada peringkat 2000 pelajar mula diperkenalkan dengan kimia minyak dan lemak di samping beberapa kursus pengukuhan seperti kumpulan berfungsi organik dan penentuan struktur organik. Sejajar dengan bentuknya sebagai sains gunaan; pada peringkat 3000 penumpuan diberikan kepada teknologi pengubahsuaian minyak dan lemak serta penggunaannya dalamm industri makanan dan bukan makanan. Melalui kursus yang ditawarkan, siswazah yang dikeluarkan nanti bukan sahaja merupakan seorang ahli kimiayang berkelayakan, bahkan menjadi seorang pegawai penyelidik, pengurus dan pengusaha industri berasaskan oleokimia.
Objektif Program
Untuk melahirkan siswazah yang mahir dan mempunyai pengetahuan yang mantap, menyeluruh dan terkini, kompeten dalam kemahiran insaniah, kesedaran terhadap persekitaran serta berupaya memartabatkan Bahasa Melayu dalam menyumbang kepada pelbagai disiplin untuk memacu pembangunan negara dan sejagat.
Liputan Kursus
STKK1012 Amali Kimia I
STKK1022 Amali Kimia II
STKK1103 Kimia Fizik I
STKK1303 Kimia Tak Organik Asas
STKK1503 Kimia Organik I
STKK1702 Kimia Analisis Asas
STQM1913 Teknik Matematik I
STQM1923 Teknik Matematik II
STPD1113* Pengenalan Mikrokomputer (WT)
STKL2012 Amali Analisis Kimia Minyak dan Lemak I
STKL2213 Kimia Koloid
STKL2313 Permangkinan Dalam Industri Oleokimia
STKL2413 Pengenalan Kepada Minyak dan Lemak
STKK2513 Kimia Organik II
STKK2713 Statistik Kimia
STKK2913 Kimia Polimer I
STKL2022 Amali Analisis Kimia Minyak dan Lemak II
STKL2123 Sebatian Oleokimia
STKL2323 Biosintesis Minyak dan Lemak
STKL2623 Perkembangan Produk Oleokimia
STKK2223 Pengurusan Industri Kimia
STKK2523 Penentuan Struktur Molekul
STKK2723 Kaedah Pemisahan
STPD2213* Keusahawanan Sains dan Teknologi (WT)
STKL2884 Latihan Industri
STKL3992 Latihan Ilmiah I
STKL3996 Latihan Ilmiah II
STKL3113 Pengenalan Kepada Teknologi Adunan
STKL3213 Teknologi Pemprosesan
STKL3413 Penggunaan Enzim Dalam Industri Oleokimia
STKK3713 Instrumentasi Kimia I
STKK3733 Kimia Alam Sekitar
STKL3223 Kimia Kosmetik dan Penjagaan Diri
STKL3323 Sabun dan Bahan Pencuci
STKL3623 Kimia Permukaan
STKK3523 Kimia Bioorganik
STKK3723 Instrumentasi Kimia II
Nota: *Kursus wajib teknikal (WT)
Struktur Program Sains Oleokimia
|
PERINGKAT |
KURSUS PROGRAM |
KEPERLUAN TEKNIKAL |
KURSUS UNIVERSITI |
JUMLAH |
||||
|
Wajib Fakulti (WF) |
Wajib Major (WM) |
Keperluan Teknikal (WT) |
PP lain FST (LP) |
Sains Sosial (PB) |
U1 |
UC |
||
|
1000 (I)
(II) |
ZH(2)
ZH(2) |
STKK1012 STKK1022 |
STPD1113 |
STQM1913
STQM1923 |
U1(6)
U2(3) |
KOK(n)
|
21
23 |
|
|
2000 (I)
(II)
|
|
STKL2012 STKL2022 |
STPD2213 |
U3(3) |
|
23
4 |
||
|
3000 (I)
(II)
(III) |
STKL3992
STKL3996
STKL3886 |
STKL3113 STKL3223
|
PB(3) |
20
21
6 |
||||
|
18(13%) |
83(62%) |
6(4%) |
6(4%) |
3(2%) |
12(9%) |
8(6%) |
135(100%) |
|
