ppsktm
Print

Written by Firdauz Ismail on 21 November 2011.

Program Kimia

Kimia bermula dengan kajian tentang jirim dan perubahan atau tindak balas yang berlaku terhadapnya. Tindak balas pula boleh menghasilkan pelbagai produk yang mempunyai struktur molekul yang mudah dan rumit. Atom membentuk molekul dan seterusnya molekul membentuk sebatian, jasad dan bahan sama ada yang hidup atau bukan hidup. Sifat atom mempengaruhi pembentukan dan sifat sesuatu jirim sama ada dalam bentuk sebatian, mineral dan batuan, sel, DNA, komposit, polimer, pestisid dan sebagainya. Perkembangan teknologi dan komputer membolehkan struktur sesuatu molekul dan bahan direkabentuk serta sifat atau tabiatnya disimulasikan. Dengan kata lain kita boleh merekabentuk bahan mengikut kehendak pengguna atau aplikasinya. Oleh yang demikian bidang kimia telah merentas sempadan antara bidang kerana hampir semua bidang sains asas seperti biologi, geologi, pertanian, fizik bahan, kejuruteraan kimia dan sebagainya memerlukan kimia. Oleh yang demikian peranan ahli kimia dalam alaf baru lebih dinamik dan diperlukan dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang kini bercorak lebih kepada multidisplin.

Objektif utama program ini dirangka adalah untuk memberikan ilmu kimia yang menyeluruh dan terkini supaya dapat digunakan dalam menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Seperti mana-mana program kimia, pembelajaran kimia akan menitikberatkan pengetahuan asas dalam kimia fizik, organik dan tak organik. Aspek kimia gunaan pula merangkumi kimia analisis, polimer, alam sekitar, farmasi, permangkinan dan ilmu kimia semasa. Peringkat 1000 dan 2000 merupakan tahap pembinaan ilmu asas kimia. Pengukuhan dan penghayatan ilmu kimia akan dapat diterapkan melalui kursus berbentuk aplikasi dan terkini di peringkat 3000. Pelajar kimia juga didedahkan kepada teknik dan instrumentasi terkini dalam analisis kimia semasa amali dan latihan ilmiah bila mana pelajar akan melakukan penyelidikan di bawah penyeliaan ahli akademik. Latihan industri juga digalakkan untuk pelajar menimba pengalaman komunikasi pengurusan dan kemahiran dalam suasana di tempat kerja. Siswazah kimia boleh ditemui dalam pelbagai bidang pekerjaan baik di industri mahu pun di agensi kerajaan.


Liputan Kursus

STKK1012 Amali Kimia I
STKK1022 Amali Kimia II

STKK1103 Kimia Fizik I

STKK1303 Kimia Tak Organik Asas

STKK1503 Kimia Organik I

STKK1702 Kimia Analisis Asas

STKK2052 Amali Kimia III

STKK2062 Amali Kimia IV

STKK2132 Kimia Fizik II

STKK2123 Spektroskopi Asas

STKK2133 Pemangkinan Kimia

STKK2223 Pengurusan Industri Kimia

STKK2313 Kimia Kumpulan Utama dan Peralihan

STKK2323 Kimia Koordinatan

STKK2513 Kimia Organik II

STKK2523 Penentuan Struktur Molekul

STKK2713 Statistik Kimia

STKK2723 Kaedah Pemisahan

STKK2913 Kimia Polimer I

STKK2942 Kimia Polimer II

STKK3112 Kinetik Kimia

STKK3132 Elektrokimia

STKK3152 Kesimetrian Molekul

STKK3313 Kimia Keadaan Pepejal

STKK3323 Kimia Organologam dan Biotakorganik

STKK3513 Kimia Organik II

STKK3523 Kimia Bio-Organik

STKK3713 Instrumentasi Kimia I

STKK3723 Instrumentasi Kimia II

STKK3733 Kimia Alam Sekitar

STKK3886 Latihan Industri
STKK3932 Kimia Polimer III
STKK3992 Latihan Ilmiah I

STKK3996 Latihan Ilmiah II

STKK1032 Amali Kimia Am

STKK1233 Kimia Am I

STKK1243 Kimia Am II

 

Struktur Program Sains Kimia


PERINGKAT

KURSUS PROGRAM

KEPERLUAN TEKNIKAL
DAN PILIHAN BEBAS

KURSUS UNIVERSITI


JUMLAH

WAJIB FAKULTI
(WF)

WAJIB PUSAT
(WP)
SET 1

WAJIB MAJOR
(WM)

KEPERLUAN TEKNIKAL
(WT)

PP LAIN
(LP)

SAINS SOSIAL
(PB)

U1
U2
U3

UC

 

1000

 

I

 

II

ZH(2)

 

ZH(2)

 

 

STKK1012
STKK1103
STKK1702

STKK1022
STKK1303
STKK1502

 

 

STPD 1113
ATAU
STPD2013
ATAU
STPD 3013

STQM 1913


STQM 1923

 

 

U1(3)
U2(3)


U1(3)

KOK (3)


KOK (3)

21

 

21

 

2000

 

I

 

 

 

II

 

 

 

 

STKK2052
STKK2132
STKK2133
STKK2313
STKK2513
STKK2713
STKK2913

STKK2062
STKK2123
STKK2223
STKK2323
STKK2523
STKK2723
STKK2942

STPD 1113
ATAU
STPD2013
ATAU
STPD 3013

 

 

 

 

 

 

 

 

 

U3(3)

KOK (2)

 

24

 

 

 

22

 

3000

 

 

I

 

 

 

 

II

 

III

STKK3992

 

 

 

 

STKK3996

 

STKK3886

 

 

 

STKK3112
STKK3132
STKK3152
STKK3313
STKK3513
STKK3713
STKK3733
STKK3932

 

STKK3323
STKK3523
STKK3723

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

 

22

 

 

 

 

18

 

6

JUMLAH

18

0

82

6

6

3

12

8

135