Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan
Kursus ini digubal untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dalam bidang sains makanan dan pengurusan perniagaan. Kedua-dua aspek ini penting dalam industri makanan yang melibatkan pemprosesan dan pengeluaran makanan serta aktiviti pengurusan yang merangkumi pengendalain pembelian dan pemasaran, peraturan dan undang-undang syarikat, pemantauan serta kawalan kos. Satu pertiga daripada kursus diambil dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan yang dianggap setara dengan Diploma Pengurusan dan diharap ianya mampu memberi saingan kepada pelajar dalam dunia pekerjaan. Graduan lulusan program ini akan dilengkapi dengan kemahiran mengurus dan kepakaran teknikal berkaitan dengan industri makanan. Oleh itu graduan ini boleh membantu meningkatkan keberkesanan aktiviti pengeluaran makanan sama ada di peringkat industri besar atau industri kecil sederhana (SMI), serta pengurusan berkaitan dengan industri makanan dan bukan makanan.
Objektif Program
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains makanan serta aspek-aspek dalam pengurusan perniagaan makanan yang menyeluruh supaya dapat digunakan secara saintifik, profesional dan beretika untuk tuntutan pekerjaan, industri dan masyarakat.
Liputan Kursus
STKK1303 Kimia Tak Organik Asas
STKK1503 Kimia Organik I
STQM1913 Teknik Matematik
STKM1013 Asas Sains Makanan dan Pemakanan
STKK1012 Amali Kimia I
STKK1103 Kimia Fizik I
EPPM2913 Prinsip Pengurusan Organisasi
EPPM2933 Asas Pengurusan Kewangan
STKK1022 Amali Kimia II
STPD1113 Pengenalan Mikrokomputer & Teknologi Maklumat
STBP1043 Mikrobiologi Asas
STKM2313 Analisis Kimia Makanan
STKM2513 Pemakanan
STKM2113 Mikrobiologi Makanan
EPPA2913 Prinsip Perakaunan Perniagaan
STKM2312 Amali Analisis Kimia Makanan
STKM2412 Amali Mikrobiologi Makanan
STKM2712 Amali Kimia Pemakanan
STPD2213 Keusahawanan Sains dan Teknologi
STKK2123 Spektroskopi Asas
STKK2723 Kaedah Pemisahan
STKM2122 Amali Kimia Makanan
STKM2222 Pengawetan Makanan
STKM2322 Amali Analisis Kimia Makanan Lanjutan
STKM2423 Kimia Makanan
STKM2622 Analisis Kimia Makanan Lanjutan
STKM2722 Amali Pengawetan Makanan
EPPM2903 Prinsip Pengurusan Perniagaan
STAB2003 Biometri dan rekabentuk Eksperimen
Struktur Program Sains Makanan Dengan Pengurusan Perniagaan
|
|
KURSUS PROGRAM / FAKULTI |
KEPERLUAN TEKNIKAL |
KURSUS UNIVERSITI |
|
|||||
|
Wajib fakulti |
Wajib Pusat |
Wajib Major |
Keperluan Teknikal |
PP Lain FST |
Sains Sosial |
U1 |
UC |
||
|
1000 (I)
(II) |
ZH ZH |
STKK1012 STKK1103 |
STKM1013
EPPM2913 |
STPD1113 |
STQM1913
STBP104 |
3 |
U(3)
U(3) |
KoK KoK |
25
25 |
|
2000 (I)
(II) |
STKK2123 |
STKM2113 STKM2122 |
STPD2213 |
STAB2003 |
|
U(3) |
KoK |
26
25 |
|
|
3000 (I)
(II) |
|
STKM3014
|
|
|
|
U(3)
|
|
18
12 |
|
|
4000 (I)
(II)
|
|
|
STKM4013
|
|
|
|
|
|
18
19 |
|
JUMLAH |
4 (2.3%) |
19 (11.3%) |
107(63.6%) |
6 (3.6%) |
9 (5.4%) |
3 |
12 |
8 |
168 |
ZH : Bahasa Inggeris, KoK : Ko-kurikulum, PB: Pilihan Bebas
