ppsktm
Print

Written by Firdauz Ismail on 21 November 2011.

Program Teknologi Kimia

Teknologi Kimia adalah satu bidang ilmu yang menumpukan kepada pemprosesan bahan dan produk melibatkan sains kimia, kaedah dan peralatan. Program Teknologi Kimia ditawarkan oleh UKM bagi memenuhi permintaan tenaga mahir dalam sektor industri perdagangan dan perkhidmatan teknikal. Penambahan beberapa kursus yang berkaitan dengan Kejuruteraan Kimia serta bidang lain seperti Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan di samping kursus Sains Kimia sebagai bidang teras, membolehkan graduan memahami ilmu secara menyeluruh dengan penghayatan yang tinggi terhadap teknologi serta aplikasinya.

Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bidang berkaitan yang memberi kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap aspek teknologi. Pada tahun pertama, pelajar akan mengikuti kursus asas dalam bidang kimia. Pelajar akan diperkenalkan kepada subjek bertaraf asas dan pelengkap daripada bidang Sains Kimia dan Kejuruteraan Kimia serta beberapa subjek liberal yang dianggap penting dalam pembinaan sahsiah untuk menjadi pemimpin dalam sektor industri, perdagangan dan awam pada tahun dua dan akhir. Pelajar akan mengikuti Latihan Industri dalam semester ke tiga peringkat tahun dua bagi mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dan mendapatkan pengalaman sebenar dalam aspek teknikal, pengurusan dan pergaulan.


Objektif Program

  1. Untuk melahirkan graduan yang mahir dalam Kimia dan Teknologi Kimia.
  2. Untuk melahirkan graduan yang mampu menyelesaikan masalah berdasarkan pemahaman kimia.
  3. Untuk melahirkan graduan yang berbudaya keusahawanan dan mahir dalam pengurusan teknologi serta memahami keperluan pembelajaran berterusan.
  4. Untuk melahirkan graduan yang beretika profesional dalam memenuhi tuntutan pekerjaan, industri dan masyarakat.
  5. Untuk melahirkan graduan yang memartabatkan Bahasa Melayu dan berkemahiran dalam komunikasi.
  6. Untuk melahirkan graduan yang boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran kerja.
  7. Untuk melahirkan graduan yang berkebolehan menerajui sesebuah organisasi berdasarkan ilmu dalam bidang Teknologi Kimia.


Hasil Pembelajaran Program

  1. Penguasaan pengetahuan asas Teknologi Kimia.
  2. Penguasaan kemahiran teknikal dalam Teknologi Kimia.
  3. Berkeupayaan mengenalpasti, merumus dan menyelesai masalah.
  4. Berkeupayaan menggunakan kaedah saintifik untuk merekabentuk dan mengendali eksperimen serta menganalisis dan menginterpretasi data
  5. Menghayati isu berkaitan dengan etika, masyarakat, budaya dan alam sekitar.
  6. Mampu berkomunikasi dengan berkesan
  7. Mampu berperanan dalam kumpulan sebagai individu serta pemimpin yang berkesan.
  8. Menyedari keperluan pembelajaran berterusan dan berkeupayaan melakukannya.
  9. Berkemampuan memiliki kemahiran keusahawanan dan pengurusan.


Struktur Program Teknologi Kimia

PERINGKAT

KURSUS PROGRAM

KEPERLUAN TEKNIKAL DAN
PILIHAN BEBAS

KURSUS UNIVERSITI

JUMLAH

Wajib Fakulti
(WF)

Wajib Pusat
(WP)

Wajib Major
(WM)

Keperluan Teknikal
(WT)

PP Lain FST
(LP)

Sains Sosial
(PB)*


PPU


PPP

1000 (I)

 

(II)

ZH(2)

 

ZH(2)

 

STKK1012
STKK1103
STKK1702

STKK1022
STKK1303
STKK1503

STPD1113

STQM1913

 

STQM1923

 

U1(3)
U2(3)


U1(3)
U3(3)

Kok(2)

 

Kok(2)

23

21

2000 (I)

 

 


(II)

 

 


(III)

 

 

 

 

 

 

 

STKT2886

 

 

 


STKK2223

STKT2012
STKK2132
STKK2133
STKK2913
STKK2713
STSF2052

STKT2022
STKT2122
STKT2323
STKK2723
STKK2942
STKT2123

 

STPD2213

3

 

 


3

KoK(2)

 

 


KoK(2)

23

 

 


23

 

 


6

3000 (I)

 

 


(II)

STKT3992

 

 


STKT3996

STKK3132
STKT3313
STKT3312
STKK3713
STKK3932
STKK3312

STKT3422
STKT3922
STKT3243
STKK3733
STKK3523

16

 

 


19

JUMLAH

18

3

74

6

6

6

12

8

131

ZH: Bahasa Inggeris; PB: Pilihan Bebas; Kok: Ko-Kurikulum.
* Sila pilih dua dari kursus berikut sahaja: EPPM2913, EPPM2933, EPPA2913, EPPM2093, EPPM2943