PENGENALAN
Program ini ditawarkan untuk menangani cabaran dalam isu kualiti dan produktiviti yang diperlukan dalam persekitaran di sektor awam, pembuatan dan perkhidmatan.Kursus-kursus utama yang ditawarkan meliputi falsafah dan kaedah-kaedah pengurusan menyeluruh dan peningkatan kualiti barangan dan perkhidmatan dengan tumpuan diberikan kepada penggunaan kaedah sains matematik.Mesej utama program ini ialah untuk memberi pengetahuan menggunakan kaedah sains matematik dan kemahiran matematik dan statistik untuk meningkatkan kualiti barangan dan juga perkhidmatan.
SYARAT KEMASUKAN
a) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang Sains Matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
b) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, pengurusan atau sains sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, pengurusan atau sains sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat serta pengalaman bekerja yang bersesuaian.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)
OPP1: Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;
OPP2: Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
OPP3: Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;
OPP4: Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;
OPP5: Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
OPP6: Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Berupaya untuk menerapkan pengetahuan kualiti dan produktiviti.
HPP2: Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsirkan penyelesaian yang diperoleh dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6: Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estetika terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat.
HPP7: Berkeupayaan untuk memimpin, bekerja secara berpasukan dan mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8: Berupaya untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9: Berkebolehan untuk memahami dampak penyelesaian kualiti dan produktiviti dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10: Berkebolehan untuk mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11: Memiliki ciri-ciri keusahawanan.
STRUKTUR PROGRAM
Program ini ditawarkan hanya secara kerja kursus. Calon dikehendaki mengikuti dan lulus 32 jam kredit kursus (wajib dan pilihan) di samping menyiapkan sebuah projek penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit. Calon diwajibkan untuk mengambil kursus fakulti STPD6014 Kaedah Penyelidikan.
Program ini terbahagi kepada tiga modul seperti berikut:-
- Sektor Awam
- Sektor Pembuatan
- Sektor Perkhidmatan
Modul Sektor Awam
Modul Sektor Pembuatan
Modul Sektor Perkhidmatan
KURSUS YANG DITAWARKAN
STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian
STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti
STQK6134 Pengurusan Kualiti Menyeluruh
STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi
STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan
STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Sektor Awam
STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan
STQK6524 Pengukuran Produktiviti
STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran
STQK6544 Reka Bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
STQK6988 Projek Penyelidikan


