Sarjana Sains (Statistik)

PENGENALAN
Statistik adalah satu bidang pengajian mengenai pengumpulan, penyusunan, pembentangan dan analisis data untuk menghuraikan hakikat nyata secara bersifat sains. Program Sarjana Sains (Statistik) menawarkan pelbagai kursus dalam bidang statistik,untuk calon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Penekanan diberikan dalam aspek teori dan gunaan supaya calon dapat menguasai ilmu statistik dan mampu menggunakannya.

SYARAT KEMASUKAN
Calon yang ingin memohon mengikuti program Sarjana Sains (Statistik) mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:
a) Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh PNGK yang baik dalam bidang statistik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
b) Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh PNGK yang baik dalam bidang yang berkaitan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)
OPP1: Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;
OPP2: Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
OPP3: Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;
OPP4: Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian berstatistik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan penggunaan perisian statistik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;
OPP5: Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
OPP6: Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Berupaya untuk menerapkan pengetahuan sains matematik.
HPP2: Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsirkan penyelesaian yang diperoleh dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6: Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estetika terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat.
HPP7: Berkeupayaan untuk memimpin, bekerja secara berpasukan dan mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8: Berupaya untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9: Berkebolehan untuk memahami dampak penyelesaian sains matematik dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10: Berkebolehan untuk mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11: Memiliki ciri-ciri keusahawanan.

STRUKTUR PROGRAM
Calon yang memilih untuk membuat kerja kursus sahaja, dikehendaki mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya 32 jam kredit kursus (wajib dan pilihan) di samping menyiapkan sebuah Projek Penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit. Calon-calon yang tidak mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang statistik dikehendaki mengikut beberapa kursus peralihan seperti yang disenaraikan dan mesti lulus dengan purata gred B sebelum layak mengikuti program sarjana. Kursus-kursus tersebut adalah:


Kod                                    Nama Kursus                                                             Jam kredit


STQS6004             Kalkulus dan Aljabar Matriks Untuk Statistik                          4

STQS6014              Matematik Statistik                                                              4

STQS6024             Analisis Data dan Pemodelan                                               4


JUMLAH                                                                                                                 12


sarjana-sains-stats

Calon yang mengikuti program Sarjana Sains secara tesis dikehendaki mengambil 12 jam kredit kursus dan membuat penulisan tesis sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana. Sebanyak 12 unit yang wajib diambil adalah:-

STPD6014 Kaedah Penyelidikan

dan 8 jam kredit kursus teras yang dipilih berkaitan dengan penyelidikan tesis dan dipersetujui oleh penyelia.

KURSUS YANG DITAWARKAN
STQS6004 Kalkulus dan Aljabar Matriks untuk Statistik
STQS6014 Statistik Bermatematik
STQS6024 Analisis Data dan Pemodelan
STQS6034 Pentaabiran Berstatistik
STQS6064 Statistik Perubatan
STQS6094 Teknik Pensampelan
STQS6224 Proses Stokastik
STQS6234 Pentaabiran Bayesian
STQS6244 Proses Stokastik
STQS6254 Reka Bentuk dan Analisis Uji Kaji
STQS6274 Penghitungan Berstatistik
STQS6284 Analisis Multivariat
STQS6424 Kaedah Tak Berparameter
STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
STQS6584 Pemodelan Berstatistik
STQS6988 Projek Penyelidikan