http://www.ukm.my/ppsmfst/sksm20                                                               English Version

 

HEBAHAN KHAS

Terkini: (12/12/12!)

 

Laman Utama

Atur cara dan Jadual Pembentangan

Panduan pembentangan

Brosur simposium (28/06)

Borang pendaftaran MsWord

Pengucaptama

Penceramah plenari

Penceramah jemputan

Skop simposium

Panggilan kertas kerja

Templat abstrak

Tarikh penting

Penginapan

Yuran


 

 

Jawatankuasa SKSM20


Hubungi Kami

      

 

 

 

 

Kemas kini terakhir: 12 Dis 2012
(Sila klik Refresh / Reload untuk paparan terkini. Paparan terbaik dengan Mozilla Firefox)

 

Webmaster

*** Terkini: Pengindeksan dalam ISI, SCOPUS dll ***

HEBAHAN KHAS

SKSM20


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Peranan Sains Matematik dalam bidang keilmuan dan aplikasi kehidupan tidak dapat disangkal keterbilangannya. Kegemilangan dalam bidang ini telah mencetus pelbagai inovasi dan kreativiti dalam bidang sains dan teknologi yang menjadi penentu aras bagi kepesatan dan kemajuan sesebuah negara. Selaras dengan hasrat untuk memperkasakan Sains Matematik, pihak Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dengan kerjasama PERSAMA serta DELTA dan kumpulan-kumpulan penyelidikan di Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM berbesar hati bagi meneruskan tradisi kecemerlangan dengan menganjurkan “Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-20” (SKSM20) yang bakal menghimpunkan ahli Sains Matematik mewakili pelbagai disiplin Sains Matematik.

 

Catatan Terbaharu - Tentang Pembayaran Yuran (16/10)

Kepada: SEMUA PEMBENTANG/PESERTA SKSM20

Pihak SKSM20 mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian saudara/i menyertai SKSM20 kali ini. Pihak SKSM20 ingin memperingatkan bahawa pembayaran mestilah disertakan dengan maklumat pembentang/peserta (isi borang pendaftaran). Ini untuk mengelakkan masalah seperti menghantar cek kepada pihak SKSM20 tanpa maklumat pembentang/peserta.

Pihak SKSM20 ingin juga memaklumkan bahawa tarikh akhir pembayaran adalah pada 15 Nov 2012.

Sekian terima kasih. Harap Maklum.

Catatan tentang Prosiding (28/06)
* Prosiding SKSM20 akan diterbitkan oleh the American Institute of Physics (AIP) dalam AIP Conference Proceedings yang diindeks dalam ISI, SCOPUS dan beberapa pangkalan data lain.Kertas kerja penuh hendaklah disediakan dalam Bahasa Inggeris dan mengikut format AIP yang diberikan.

*Abstrak hendaklah disediakan mengikut format Abstrak SKSM20 dalam dwibahasa.

* Kertas kerja terpilih akan dipelawa untuk diterbitkan dalam Sains Malaysiana (terindeks dalam ISI, Scopus) dan Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA) (jurnal berwasit).
       
   

Objektif Simposium

1. Menghimpun para profesional dari sektor awam dan swasta bagi menggalakkan percambahan kerjasama dan perkongsian ilmu dalam suatu majlis keilmuan sains matematik.

2. Menyediakan pentas bagi peserta bertukar idea dan pandangan untuk mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam penyelidikan sains matematik.

3. Mewujudkan peluang bagi menonjolkan penemuan dan inovasi baharu dan terkini dalam konsep yang boleh diperkembangkan selari dengan tema simposium.


Tarikh Penting: *** Telah dilanjutkan ***
(Sukacita dimaklumkan semua tarikh akhir telah dilanjutkan selepas mengambil kira maklum balas daripada semua. Terima kasih.)

Tarikh akhir Penghantaran Abstrak

15/06/2012
15/08/2012

Tarikh Pemberitahuan Penerimaan Abstrak

01/07/2012
01/09/2012

Tarikh akhir Pendaftaran Awal  

15/08/2012
15/10/2012

Tarikh akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh

15/09/2012
15/10/2012

Tarikh Pemberitahuan Penerimaan Kertas Kerja Penuh:
01/11/2012
Tarikh akhir Pendaftaran dan Pembayaran bagi pembentang

15/10/2012
15/11/2012

Skop Simposium

    • Matematik Tulen
    • Matematik Gunaan
    • Matematik Kejuruteraan
    • Pendidikan Matematik
    • Matematik Pengkomputeran
    • Matematik & Multimedia
    • Statistik
    • Pengoptimuman
    • Penyelidikan Operasi
    • Sains Aktuari
    • Kewangan
    • Kualiti & Produktiviti

Bagaimanapun, umumnya skop tidak terhad kepada apa yang dinyatakan, tetapi merangkumi semua bidang Sains Matematik.

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Urus Setia SKSM20
Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor DE, MALAYSIA
(U/P: Dr. Eddie Shahril Ismail)
Tel: +603-8921 3065/ 5714
Faks: +603-8925 4519
Mel-e: sksm20ukm@gmail.com
Laman sesawang: http://www.ukm.my/ppsmfst/sksm20/

 

Selamat datang dan jumpa di SKSM ke-20!


Urus Setia SKSM20

Mel-e: sksm20ukm@gmail.com
http://www.ukm.my/ppsmfst/sksm20/

 

                  

 

© Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia