PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

Geography at a Glance

PENGENALAN 

Program Geografi pada asalnya merupakan sebuah jabatan sebelum FSKK distrukturkan semula.  Jabatan ini ditubuhkan seiring dengan penubuhan UKM pada Mei 1970.  Bermula dengan 7 orang pelajar, Program Geografi (dahulunya Jabatan Geografi) telah melahirkan 620 orang graduan sehingga tahun 2007. Selain menawarkan ilmu teras dalam disiplin Geografi Manusia dan Geografi Fizikal, program ini juga menerapkan pelbagai ilmu aplikasi yang selari dengan perkembangan teknologi semasa seperti aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS), pemodelan bagi tujuan peramalan sesuatu fenomena geografi dan aplikasi penderiaan jauh (RS).  Di samping itu, sebuah pusat kecemerlangan, iaitu Pusat Pencerapan Bumi (EOC) telah diwujudkan dan ditempatkan di bawah pengendalian Program Geografi sejak tahun 1996. Kaedah pelaksanaan kursus disemak secara dalaman oleh UKM melalui pelbagai mekanisme yang dirancang oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pengurusan Akademik (JPPA) Universiti dan Fakulti.

 Visi Program Geografi 

Program Geografi bertekad menjadi pusat pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, rujukan dan wacana dalam disiplin Geografi yang peka kepada pelbagai aliran pemikiran terkini mengenai organisasi ruang sesuai dengan peredaran masa; cabaran, impak dan isu pembangunan serta persekitaran selaras dengan matlamat Fakulti dan Visi serta Misi Universiti. 

Misi Program Geografi 

Misi program Geografi adalah untuk maju sebagai pusat pendidikan Geografi terpilih pada peringkat negara dan antarabangsa dengan menggabungkan ilmu dan amal dalam disiplin Geografi bagi melahirkan tenaga  manusia yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing tinggi dalam memahami serta mengurus kehidupan manusia, pembangunan dan alam sekitar.

 Matlamat Program Geografi 

Matlamat program Geografi adalah untuk,

·        memperkasa ilmu geografi dari segi teori dan praktik,

· melahirkan siswazah yang berkebolehan dari segi mengamati, menganalisis, memahami dan menangani persoalan semasa mengenai alam, manusia dan pembangunan

·        Menjana ilmu dan sumber manusia untuk pembangunan negara