PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

Sarjana Sains Sosial (ANSOS)

STRUKTUR KURIKULUM
SARJANA SAINS SOSIAL (ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI)
KURSUS WAJIB/COMPULSORY COURSES (10 Unit/ 10 Units)
SKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial/Discourse on Social Thought
SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial/Social Research Methodology
SKAA6113 Teori Lanjutan Antropologi dan Sosiologi/Advanced Theories in Anthoropology and Sociology

TESIS SARJANA (12 Unit)
SKAA601C Tesis Sarjana/Masters Thesis

KURSUS ELEKTIF/ELECTIVE COURSES (18 Unit/18 Units)
SKAA6123 Agama, Etnisiti dan Fenomena Sosial/Religion, Ethnicity and Social Phenomena
SKAA6133 Keluarga dan Transformasi Sosial/Family and Social Transformation
SKAA6143 Devians, Jenayah dan Penghukuman Sosial/Deviance, Crime and Social Sentencing
SKAA6153 Kedinamikan Organisasi Komplek/Dynamics of Complex Organizations
SKAA6213 Negara Politik dan Masyarakat/State, Politics and Society
SKAA6223 Sosiologi Pembangunan dan Globalisasi/ Sociology of Development and Globalization
SKAA6233 Perindustrian dan Masyarakat Industri/Industrialization and Industrial Societies
SKAA6243 Kelompok Minoriti dan Perubahan Sosial/Minority Group and Social Change
SKAA6253 Budaya dan Kesihatan/Culture and Health
JUMLAH UNIT : 40 UNIT

 

DOKTOR FALSAFAH (ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI)
SARJANA FALSAFAH (ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI)
KURSUS WAJIB/COMPULSORY COURSES (8 Unit/8 Units)
SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial/Social Research Methodology
SKAP6014 Penulisan Akademik Sosial/Academic Writing
JUMLAH UNIT : 8 UNIT

 

KURSUS WAJIB/COMPULSORY COURSES

SKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial/Discourse on Social Thought
Kursus ini membincangkan teori sosial yang dikemukakan oleh pemikir Barat dan bukan Barat untuk menjelaskan hubungan antara manusia, masyarakat dan alam serta wacana semasa mengenai isi-isu falsafah, teoritis dan kaedah yang ditangani atau tidak  ditangani oleh teori tersebut. Topik yang dibincangkan meliputi perbezaan antara ilmu wahyu dan sains; peranan falsafah dalam pembinaan teori sosial; hubungan antara kolonialisme, imperialisme dan orientalisme; pentakrifan semula hubungan antara struktur, agensi manusia dan ruang selari dengan perubahan sosial dan alam sekitar. Isu ini akan dibincangkan daripada perspektif dan konteks Malaysia, dalam hubungannya dengan kemunculan wacana teoritis serta isu pengaplikasiannya pada era
pasca-moden.

The present course will engage discussion on the various social theories put forward by Western and non-Western social thinkers in explaining the relationship between man, society and the universe as well as current philosophical, theoretical and methodological discourses. Topics to be discussed include the differences between revealed knowledge and the sciences; the role of philosophy in the development of social theories; and the redefinition of the relationships between social structure, human agencies and space within the paradigm of societal and environmental changes. These issues will be discussed from the Malaysian perspectives and contextuality, in relation to the emergence of postmodern theoretical discourses and their practical question.

SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial/Social Research Methodology
Penyelidikan berkaitan isu sosial, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber serta pemilihan kaedah pengumpulan data dan analisis yang wajar. Kursus ini membolehkan pelajar menulis cadangan penyelidikan,  melakukan penyelidikan dan menginterpretsi hasil kajian. Liputan kursus ini merangkumi tajuk-tajuk seperti (a) dimensi penyelidikan, teori dan metodologi; (b) kaedah pengumpulan, pengurusan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif; (c) rangka penyelidikan, cadangan penyelidikan dan persembahan hasil kajian; dan (d) metod penyelidikan yang spesifik mengikut bidang. Pelajar juga diajar menjalankan kerja lapangan dan analisis data menggunakan SPSS.

Research on social, development and environment issues require reliable information from numerous sources as well as appropriate data gathering methods and analysis. The course enables students to write a research proposal, conduct research and interpret research findings. The course examines various topics such as (a) research dimension, theory and methodology; (b) qualitative and quantitative data collection methods, data management and data analysis, (c) research design, research proposal and presentation of research report, and (d) discipline-based research methods. Students will also be exposed to field research and data analysis using SPSS.

SKAA6113 Teori Lanjutan Antropologi dan Sosiologi/Advanced Theories in Anthoropology and Sociology
Teori antropologi muncul daripada kontak masyarakat Eropah dengan masyarakat luar Eropah. Teori sosiologi pula muncul daripada pengalaman dan kesan Revolusi Industri di Eropah terhadap kolektif sosial dan individu. Apabila dua disiplin ini bertemu akibat kolonialisme Eropah, maka berlakulah tindan lapis objek kajian serta peminjaman teori dan metodologi antara kedua-dua disiplin. Penerapan teori dan metodologi daripada disiplin dan bidang lain seperti falsafah, sejarah, literary studies dan feminisme telah pula berlaku. Kursus ini membincangkan topik-topik berikut: dominasi pendekatan strukturalisme serta beberapa variasinya dan peralihan kepada pasca-strukturalisme; relativisme sebagai asas analisis; hubungan struktur dan agensi; peminjaman metodologi; pentakrifan semula konsep self; memperkasakan penyuaraan individu dan kelompok minoriti; kemunculan methodological nationalism bersama pembinaan negara bangsa; kemunculan ahli antropologi dan sosiologi profesional; sejarah perkembangan dan kedudukan semasa antropologi dan sosiologi di Malaysia.

Anthropological theories emerged from the contact between European society and societies outside Europe. Sociological theories, on the other hand, emerged from the experience and impact of Industrial Revolution in Europe upon individuals and the social collective. When the two disciplines became inevitably intertwined as a result of colonialism, overlap regarding the object of study,
theories and methods occurred. Subsequently, the entry of other methods and theories from other disciplines have enriched anthropological and sociological theories as well as theorizing as a whole. As such, the present course shall discuss the following themes: the dominance of structuralism and its variations in the transition to post-structuralism; relativism as an analytical tool; structure-agency relations; methodological borrowings; reinterpretation of the concept of self; empowerment of the voice of the individual and social collective; the rise of methodological nationalism with nation-building; the rise of professional anthropologist and sociologist; the historical development and contemporary position of anthropology and sociology in Malaysia.

TESIS SARJANA
SKAA601C Tesis Sarjana/Masters Thesis
Penulisan tesis merupakan satu keperluan yang diwajibkan bagi semua pelajar Sarjana Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi). Tujuan utama menghasilkan tesis ialah untuk memberi peluang kepada pelajar merancang dan menjalankan satu penyelidikan sendiri, dan untuk menilai kemampuan mereka menyusun data yang dikumpul ke dalam satu bentuk tesis yang hipotesis dan kaedah penyelidikan yang diguna serta kuasa analisis yang ada pada seseorang pelajar. Tesis ini panjangnya tidak melebihi 40,000 perkataan. Pelajar dikehendaki mempertahankan tesisnya dalam satu sidang ujian lisan yang dianggotai oleh para pemeriksa termasuk penyelia.

Thesis writing is compulsory for all students of Master of Social Science in the Program of Anthropology and Sociology. The main purpose of the exercise is to provide an opportunity for students to design and undertake independent research work. Students will then be assessed on their ability to organize and present the research data in a written form that reflects maturity ofthought, knowledge of the research subject, relevance of the hypothesis (hypotheses) and research methods used as well as their capability in critically analyzing the subject matter in the research. The length of the thesis shall not exceed 40,000 words. Students will be required to defend the thesis in an oral examination (viva voce) conducted by a panel of examiners including the supervisor.

KURSUS ELEKTIF/ELECTIVE COURSES
SKAA6123 Agama, Etnisiti dan Fenomena Sosial/Religion, Ethnicity and Social Phenomena
Akibat proses sejarah dan globalisasi, kemajmukan agama dan etnik telah menjadi sifat sejagat masyarakat sedunia. Dalam proses pembinaan bangsa tiada masyarakat yang terlepas daripada menghadapi cabaran hubungan kelompok agama dan etnik yang juga berpotensi menggugat kestabilan politik dan pembangunan ekonomi. Kedinamikan fenomena keagamaan dapat dilihat melalui revivalisme keagamaan, kemunculan kultus-kultus baru dan gerakan ‘agama baru’. Oleh yang demikian, memahami kewujudan pelbagai agama dan etnisiti serta kebangkitan nasionalisme dan kaitan antara fenomena sosial tersebut adalah kritikal. Kursus ini bertujuan mengisi pengetahuan kita mengenai politik pembinaan bangsa dan peranan faktor agama serta etnisiti dalam proses tersebut, khususnya di Dunia Ketiga. Bahagian pertama kursus akan membincangkan latarbelakang historis. Bahagian kedua, konsep dan wacana; dan bahagian ketiga, pengalaman dan beberapa contoh empirikal.

Historical and globalisation processes have made ethnic and religious pluralisms a universal feature in contemporary society. The process of nation building has encouraged challenges posed by ethnic and religious conflicts, for these two issues have the potential of creating instability and hamper economic growth. Religious dynamism may be seen in religious revivalism, the birth of new religions and ethnicity as well as the rise of nationalism. Because of its social and political implications it is important to understand the role of religion and ethnicity in relation to nationalism. The course attempts to provide us with some knowledge on the politics of nation building and to what extent religion and ethnicity have been influential in the process, particularly in the Third World. The first part of the course discusses the historical background of the issues, while the second part focuses on concepts and discourses. The final part discusses empirical examples of the effects of these three socio-cultural phenomena.

SKAA6133 Keluarga dan Transformasi Sosial/Family and Social Transformation
Dengan meluasnya fenomena seperti keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, kenakalan remaja dan kadar perceraian yang meningkat, banyak persoalan telah ditimbulkan sama ada keluarga sebagai institusi sosial masih dapat memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat dan bangsa. Sebaliknya ada pihak yang berpendapat keluarga adalah suatu institusi sosial yang adaptif kepada perubahan. Kursus ini bertujuan mengupas dan memahami semula konsep keluarga dan peranannya dalam masyarakat. Di samping itu, kursus ini juga membicarakan kedinamikan keluarga dalam menghadapi pelbagai proses perubahan sosial dan budaya semasa. Untuk membolehkan kefahaman yang mendalam perbincangan mengambilkira pelbagai pendekatan yang digunakan dalam pengkajian tentang keluarga masa kini termasuk pendekatan sejarah, sosiologi dan antropologi.

With the increase in domestic violence, child abuse, delinquency and divorce, we now question whether family as an institution is still able to play its vital role in building up society and nation. However, research done by many scholars suggests that family is one social institution having an adaptive nature when faced with changes. Thus, this course focuses on understanding and investigating the concept of family and its role in society. It also discusses the dynamics of family in view of the process of current social and cultural changes. Indepth understanding will also take into account the various perspectives and approaches used in research on family such as historical, sociological and anthropological perspectives. 

SKAA6143 Devian, Jenayah dan Penghukuman/Deviance, Crime and Social Sentencing

Kursus ini membincangkan isu konseptual dan teoritikal tentang devians dan jenayah. Tumpuan juga diberikan kepada satu analisis sosiologikal tentang penghukuman sosial, terutamanya peranan agen kawalan sosial formal dan tak formal dalam menilai tingkah laku devian, jenayah dan pelaku devian atau pesalah. Bahagian pertama meneliti perdebatan pendekatan golongan essentialist dan constructionist tentang devians/jenayah. Bahagian kedua pula mengkaji fenomena sosial seperti alkoholisme, transeksualiti, penyalahgunaan dadah, devians elit, gangguan mental, delinkuensi, jenayah konvensional, jenayah bukan konvensional dan keganasan. Bahagian ketiga menganalisis pelbagai penghukuman sosial, iaitu reaksi dan kawalan sosial yang sistematik terhadap devians dan jenayah serta kesan tertentu daripadanya. Kursus ini juga menilai secara kritis pelbagai langkah kawalan sosial bagi menangani devians dan jenayah.

The course discusses the conceptual and theoretical issues on deviance and crime. It also focuses on a sociological analysis of social sentencing especially the role of the formal and informal social control agents in evaluating deviant behavior, crime and the deviant actors or offenders. The first part of the course examines the debates on the essentialist and constructionist approaches of deviance/crime. The second part concentrates on the critical understanding of social phenomena such as alcoholism, trans-sexuality, drug abuse, elite deviance, mental disorders, delinquency, conventional and non-conventional crimes, and violence. The final part of the course analyzes the various systematic social reaction and social control of deviance and crime and their impact on deviant/criminal behavior and the actors. A critical evaluation of the various social control measures to address the issues of deviance and crime will also be discussed.

SKAA6153 Kedinamikan Organisasi Kompleks/Dynamics of Complex Organizations
Kursus ini membincangkan peranan dan kedudukan organisasi kompleks di negara maju dan sedang membangun, dengan tumpuan kepada organisasi awam dan swasta. Peranan dan keberkesanan organisasi berkenaan diteliti dan dianalisis dari segi hubungannya dengan persekitaran sosial yang lebih luas. Penelitian ini menyentuh kedinamikan organisasi dalam konteks persekitaran dalaman dan luaran seperti pelaksanaan dasar kerajaan, pergolakan dan perubahan ekonomi dan politik proses industrialisasi, perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi. Implikasinya ke atas struktur organisasi formal, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia dan strategi pentadbiran korporat dibincangkan. Teori-teori yang berkaitan turut dibincangkan. Isu-isu khusus yang diberi perhatian adalah seperti kepimpinan, kuasa, penstrukturan dan reengineering, pengurusan dan peningkatan kualiti kerja, budaya korporat atau organisasi, sistem pengurusan prestasi, dan governans korporat. Kes-kes yang relevan di Malaysia juga diberi perhatian.

This course discusses the role of complex organizations in developed and developing countries with a focus on public and private organizations. The role and effectiveness of these organizations are analysed in terms of the organizations’ interrelationship with their wider social environment. Organizational dynamics are understood within the context of internal and external environments such as implementation of state policies, economic and political changes, industrialization, development in information technology and globalisation. Implications upon formal organizational structure, human resource administration and management, and corporate strategy are discussed. Relevant theories are emphasised. Specific issues that are given emphasis include leadership, power, restructuring and reengineering, total work quality management and improvement, corporate or organizational culture, performance management system and corporate governance. Relevant cases in Malaysian context are selected for discussion.

SKAA6213 Negara, Politik dan Masyarakat/State, Politics and Society
Negara (state) adalah salah satu daripada institusi sosial dalam sesebuah masyarakat, tetapi yang terkuat. Kerajaan adalah institusi tunjang negara yang mengurus pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan dasarnya. Maka itu negara dan kerajaan sering dianggap tersepadu biarpun terpisah dari segi konsep. Dalam konteks ini, masyarakat saling pengaruh mempengaruhi negara serta kerajaan dari pelbagai segi. Objektif kursus ini ialah meneliti dan memahami dengan lebih mendalam hubungan masyarakat, negara dan kerajaan, dulu dan sekarang. Penelitian ini memberikan satu peta minda tentang konsep, bentuk dan pola hubungan kekuasaan seperti dalam sistem demokrasi, isu hak asasi manusia dan pembentukan masyarakat sivil.

The state is one of the many social institutions in a society, but it is the most powerful. The government is the backbone of the state and manages the administration, planning, and implementation of all the state’s policies. It is therefore a common perception that the government and the state are synonymous albeit their conceptual differences. Within this context, societies are perceived to be influenced by, as well as influencing the activities of both the state and the government. The course aims at highlighting the nature of the relationship between society, state and government in the past and at present – in order to establish a mental map regarding relevant concepts, the form and patterns of power relations such as under democratic system, issues related to human rights and the formation of a civil society. 

SKAA6223 Sosiologi Pembangunan dan Globalisasi/Sociology of Development and Globalization

Konsep dan idea ‘pembangunan’ seperti yang difahami hari ini adalah ciptaan peradaban Eropah yang menjadikan Barat sebagai model dan ruang fizikalnya adalah sebuah ‘negarabangsa’. Namun, globalisasi sebagai sebahagian daripada proses pembangunan bukan sahaja menuntut pentakrifan semula konsep pembangunan, malah menuntut pembaharuan konsepsi dan pemahaman tentang kesempadanan atau ruang fizikal. Perkembangan ini mengesankan keseluruhan kehidupan sosial. Maka kursus ini akan (i) meneliti perkembangan sejarah, konsep dan proses pembangunan; (ii) membicara kemunculan globalisasi sebagai fenomena sejagat dan cabaran-cabaran yang mengiringinya; (iii) melihat bagaimana fenomena ini memberi kesan kepada dasar dan usaha-usaha pembangunan dan (iv) membincangkan bagaimana negara-negara maju dan membangun menangani isu berkait dengan proses globalisasi.

The concept and idea of ‘development’ as understood today was constructed by the European civilization that had made the West the model with the ‘nation-state’ as its physical space. However, as part of the development process globalization has not only highlighted the need for a redefinition of the development concept, but also calls for a redefinition and new understanding of boundaries and physical space. This development has impacted upon our social life as a whole. This course will deal with such topics as (i) history, concept and process of development; (ii) emergence of globalization as a universal phenomena on and the challenges that come with it; (iii) impact of globalization on development policies and development efforts; and (iv) the ways developed and developing countries address issues related to the globalization process.

SKAA6233 Perindustrian dan Masyarakat Industri/Industrialisation and Industrial Societies
Kursus ini bertujuan membincangkan konsep dan ciri-ciri masyarakat industri. Pengalaman proses perindustrian di Barat, Jepun dan negara industri baru Asia Timur sering dijadikan model oleh negara yang sedang mengindustri. Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama meneliti konsep dan ciri-ciri masyarakat industri, beberapa teori mengenainya termasuk globalisasi, dan hubungan antara teknologi dan budaya kerja. Bahagian kedua membincangkan beberapa pengalaman perindustrian terutamanya di Barat, negara-negara Asia dan Amerika Latin. Pengalaman Malaysia juga diberi tumpuan. Bahagian ketiga membincangkan tentang hubungan industri, iaitu satu bentuk interaksi sosial dalam masyarakat industri yang melibatkan pekerja, majikan dan kerajaan. Sistem hubungan industri yang diperakukan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) akan dibincang.

Often times the industrialisation processes as experienced by Western countries, Japan and the newly industrialised countries of East Asia have been used as models by other industrialising countries. This course on industrialisation and industrial societies will be divided into three parts. The first part will deal with the concept and characteristics of industrial societies; theories related to the industrialisation process including globalization, and relations between technology and work culture. The second part discusses the industrialisation processes especially as experienced by some of the western, Asian and Latin American countries. The Malaysian experience will also be highlighted. The final part will discuss the industrial relations, that is part of social interaction of the
industrial society that involves the workers, employers and the government. The system of industrial relations as recognised by the International Labour Organisation (ILO) will also be discussed. 

SKAA6243 Kelompok Minoriti dan Perubahan Sosial/Minority Group and Social Change
Ketaksamaan dan dominasi adalah proses universal yang secara ketara telah membentuk kelompok minoriti dalam masyarakat. Kelompok minoriti pula lebih terserlah dalam era moden kerana ada upaya menyalurkan pengalaman (didiskriminasi oleh golongan majoriti) dalam bentuk gerakan yang tersusun. Kursus ini membincangkan minoriti sebagai fenomena sosial dan budaya. Penekanan diberikan kepada: teori dan konsep minoriti; jenis minoriti dan faktor pembentukan minoriti dengan tumpuan kepada kelompok minoriti ras, etnik, gender, umur, dan tingkah laku. Perbincangan meliputi corak hubungan kelompok minoriti-dominan, dan gerakan kelompok minoriti sebagai respons kepada pengalaman minoriti-dominan. Oleh kerana `minoriti’ merupakan masalah yang berbeza dari tempat ke tempat dan dari kelompok ke kelompok, kursus ini mengambil kira pengalaman kelompok minoriti di Malaysia, Asia Tenggara, Eropah, Amerika dan Afrika.

Inequality and domination are two processes that are directly related to the formation of minority groups and societies. Minority groups become more visible in the modern day due to their ability to channel their aspiration through social movement systematically. This course discusses minority as a social and cultural phenomena. Topics of discussion include: concept and theory on minority; types of minority and the formation of minority groups such as racial/ethnic minority, cultural minority, economic minority, sexual minority and behavioural minority. Focus will also be given to patterns of minority-dominance relationship and forms of minority group movements as their response to minority-dominance experiences. The experiences and problems faced by different minority groups will be given special attention by examining cases of various minority groups in Malaysia, Southeast Asia, Europe, America and Africa.

SKAA6253 Budaya dan Kesihatan/Culture and Health
Kesihatan dan penyakit berkait rapat dengan budaya dan kehidupan sosial. Memahami hubungkait tersebut boleh meningkatkan keupayaan merawat, mencegah penyakit dan membuat aktiviti promosi kesihatan. Kursus yang mengupas kesihatan dan penyakit dari sudut sosiobudaya ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama, meneliti konsep dan teori antropologi dan sosiologi tentang kesihatan dan penyakit. Bahagian kedua, membincangkan bagaimana nilai-nilai budaya, ketaksamaan ekonomi dan kuasa mempengaruhi corak, pola dan kadar penyakit dan seterusnya taraf kesihatan. Bahagian ketiga, menerokai bagaimana perubahan sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan hidup. Tumpuan juga diberikan kepada isu-isu moral dan politik dalam konteks kesihatan [seperti pengguguran, teknologi reproduktif, polisi pemerintah, kebuluran dan Genetically Modified Food (GMF)].

Health and disease are interrelated with the socio-cultural aspects of society. Understanding such relationship would enhance the capability to cure and prevent diseases as well as improving health in general. The course is divided into four parts. Firstly, the course will discuss theories and concepts of health and disease from the sociological and anthropological perspectives. Secondly, it
discusses the cultural values, power and economic inequalities and how these factors could affect the rate and pattern of disease distribution and health. Thirdly, it examines how changes in the socio-economy, environment and level of technology affect the health and well being of the society. Lastly, the course will address the issues of moral and politics in relation to health [such as abortion, reproductive technology, government policy, hunger and Genetically Modified Food (GMF)].

DOKTOR FALSAFAH (ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI)
SARJANA FALSAFAH (ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI)
KURSUS WAJIB/COMPULSORY COURSES

SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial/Social Research Methodology
Penyelidikan berkaitan isu sosial, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber serta pemilihan kaedah pengumpulan data dan analisis yang wajar. Kursus ini membolehkan pelajar menulis cadangan penyelidikan, melakukan penyelidikan dan menginterpretasi hasil kajian. Liputan kursus ini merangkumi tajuk-tajuk seperti (a) dimensi penyelidikan, teori dan metodologi; (b) kaedah pengumpulan, pengurusan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif; (c) rangka penyelidikan, cadangan penyelidikan dan persembahan hasil kajian; dan (d) metod penyelidikan yang spesifik mengikut bidang. Pelajar juga diajar menjalankan kerja lapangan dan analisis data menggunakan SPSS.

Research on social, development and environment issues require reliable information from numerous sources as well as appropriate data gathering methods and analysis. The course enables students to write a research proposal, conduct research and interpret research findings. The course examines various topics such as (a) research dimension, theory and methodology; (b) qualitative and quantitative data collection methods, data management and data analysis, (c) research design, research proposal and presentation of research report; and (d) discipline-based research methods. Students will also be exposed to field research and data analysis using SPSS.

SKAP6014 Penulisan Akademik/Academic Writing
Kursus ini melengkapkan para pelajar dengan kemahiran menulis untuk menghasilkan penulisan akademik. Pendekatan yang berorientasikan keperluan pelajar digunakan untuk memberi latihan bagi mempertingkatkan kecekapan dan kebolehan menulis. Pelajar mempelajari cara mengolah, meringkas dan mensintesis maklumat. Di samping itu, pelajar juga akan menyusun dan mengaplikasi idea serta maklumat dan memperkukuhkan penulisan mereka dengan fakta yang sah dan relevan. Pada akhir kursus pelajar berupaya menulis laporan secara efektif dan menghasilkan penulisan akademik.

The course equips students with the necessary academic writing skills to write an academic essay. A student-centered approach is adopted to give students the required writing practice to improve their competence and writing ability. Students will learn to paraphrase, summarize, synthesize information, arrange and apply ideas and information and substantiate their writing with valid and relevant facts. At the end of the course, students should be able to carry out academic writing tasks and write a report effectively.