PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

Geografi (prasiswazah)

Program Geografi

 

Tahun 1

 

SKAP1013 Alam, Manusia dan Budaya

SKAP1053 Prinsip Pengurusan Perniagaan

SKAG1013 Dinamika Persekitaran Global

SKAG1023 Rantau Asia Pasifik

SKAG1043 Biogeografi

SKAG1233 Manusia dan Cabaran Global

 

Tahun 2

 

SKAP2064 Metodologi Penyelidikan

SKAG2033 Integrasi RS, GIS dan GPS

SKAG2053 Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

SKAG2083 Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam

SKAG2093 Kajian Atmosfera

SKAG2123 Pengantar Kajian Bandar

SKAG2133 Geomorfologi Tropika

SKAG2163 Penilaian Impak Alam Sekitar

SKAG2183 Asas Ekologi

SKAG2193 Geomorforlogi Pinggir Pantai

SKAG2263 Teknik Dalam Geografi

SKAG2273 Geografi Politik

 

Tahun 3

 

SKAG3006 Latihan Industri

SKAG3063 Hidrologi Lembangan

SKAG3073 Pembangunan Pertanian dan Industri Asas Tani

SKAG3103 Geografi Ekonomi dan Dasar Awam

SKAG3113 Pembangunan dan Pengurusan Alam Sekitar

SKAG3143 Perubahan Iklim

SKAG3153 Geografi Pengangkutan

SKAG3173 Kajian Pelancongan

SKAG3243 Pengurusan Sumber Air

SKAG3253 Pengurusan Sisa Bersepadu

SKAG3283 Penilaian Risiko dan Pengurusan Bencana Alam

SKAG3293 Ekosistem Bandar

SKAG3303 Perancangan Bandar dan Wilayah

SKAG3316 Latihan Ilmiah

 

 

 

Perincian Kursus

SKAG1023 Rantau Asia Pasifik

Kursus ini membicarakan kebangkitan rantau Asia Pasifik dalam konteks potensinya sebagai penyumbang utama kepada prospek kemunculan ‘Abad Pasifik’.

This course discusses the rise of the Asia Pacific region within the context of its potentials as the main contributor to the prospects of a ‘Pacific Century’.

SKAG1043 Biogeografi

Kursus ini membincangkan bidang biogeografi, iaitu fitogeografi / zoogeografi serta peranan faktor edafik dalam sesaran dan sebaran tumbuhan. Perkaitan setiap komponen yang akan dijelaskan meliputi aspek fizikal dan kimia tanih di samping menerangkan kedua-dua sistem taksonomi tumbuhan dan tanih.

This course discusses the dicipline of biogeography i.e. phytogeography / zoogeography and the role of edaphic factors in plants succession and distribution. The relationships between each component that will be discussed involves the physical and chemical aspects of soil in addition to explanations on plants and soils taxonomies.

SKAG1233 Manusia dan Cabaran Global

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang konsep ruang, masa dan teori asas geografi manusia. Tumpuan juga diberikan terhadap perubahan persekitaran, impak dan penyesuaian manusia terhadap cabaran global.

This course aims to impart an understanding of the basic concepts and theories of human geography to the students. It also discusses the environmental transformation, impacts and adaptations to global change.

SKAG2033 Integrasi RS, GIS dan GPS

Kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu remote sensing (RS), geographical information system (GIS) dan global positioning system (GPS). Kursus ini meliputi teori dan konsep RS, GIS dan GPS sebagai teknologi pemetaan digital dan penekanan adalah terhadap aspek pemetaan ruangan, mengurus data ruangan serta menentududukan lokasi dalam ruang.

This course is divided into three parts: i.e. remote sensing (RS), geographical information system (GIS) and global positioning system (GPS). This course covers theory and concept of RS, GIS and GPS as a technology in digital mapping with a focus on spatial mapping, spatial data management.

SKAG2053 Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

Kursus ini memberi tumpuan kepada dua bahagian berkaitan. Bahagian pertama bertujuan mendedahkan pelajar kepada asas dan analisis kajian kependudukan yang merangkumi aspek statik dan dinamik kependudukan seperti proses taburan, pertumbuhan dan pergerakan penduduk. Bahagian kedua membincangkan aspek gunaan kependudukan dalam konteks perancangan sosial dan sumber manusia.

This course focuses on two inter related parts. The first part will expose students to the foundations in population research and its analysis which comprises the static and dynamic aspects of the population such as population distribution, growth and mobility. The second part of the course will discuss aspect of population within the context of social planning and human resources.

 

SKAG2083 Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam

Kursus ini menjelaskan kaitan antara ekosistem dengan pelbagai sumber alam yang terdapat di dunia sama ada yang boleh atau tidak boleh diperbaharui. Tumpuan khusus kursus ini diberikan kepada cara bagaimana manusia menilai dan mengurus sumber alam terpilih dalam konteks pembangunan berterusan.

This course explains the relationship between the ecosystem and the various renewable and nonrenewable natural resources of the world. Special emphasis will be given on how man appraises and manages some selected natural resources within the context of sustainable development.

SKAG2093 Kajian Atmosfera

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar berkaitan dengan teori, konsep dan proses-proses yang terdapat dalam disiplin kaji iklim. Di samping itu, pelajar juga didedahkan kepada isu semasa yang berkaitan denganperubahan iklim global, pemanasan dunia dan kesannya terhadap iklim Malaysia.

This course attempts to impart an understanding and knowledge to the students with regard the theories, concepts and processes that govern the discipline of climatology. Students will also be exposed to current issues on global climate change, global warming and its impacts on the climate in Malaysia.

 

SKAG2123 Pengantar Kajian Bandar

Kursus ini adalah suatu pengajian bersistematik tentang pola ruang bandar semasadengan tumpuan kepada negara membangun, khususnya Malaysia. Topik utama yang akan dibincangkan termasuk pembandaran dalam era globalisasi, organisasi ruang bandar dan peranan bandar dalam pembangunan negara.

This course is a systematic study of contemporary urban spatial patterns with special reference to developing countries particularly Malaysia. Among important topics that will be discussed are the urbanisation process in the era of globalisation, urban spatial organisation and urban function in national development.

SKAG2133 Geomorfologi Tropika

Kursus ini menekankan proses geomorfologi dan faktor-faktor yang membentuk pandang darat fizikal di kawasan tropika. Selain daripada teori dan konsep dalam bidang geomorfologi tropika, pelajar juga didedahkan kepada kaedah mengukur dan menganalisis kadar hakisan dan pemendapan.

This course focuses on geomorphologic processes and factors that form the tropical landforms. Besides the theories and concepts of tropical geomorphology, students will also be exposed to the techniques of measuring and analyzing erosion and deposition.

SKAG2163 Penilaian Impak Alam Sekitar

Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip asas penilaian, prosedur

pengendalian dengan tumpuan khas kepada kaedah yang dipraktikkan di Malaysia. Prosedur penilaian melibatkan kesemua komponen persekitaran fizikal, biologi dan sosio-ekonomi. Proses penilaian yang diberikan termasuklah penilaian awal, meramal dan mengkuantifikasi impak, mengenalpasti langkah tebatan dan pengurangan impak, program pemonitoran dan pasca audit.

This course imparts knowledge on the basic principles of impact assessment, its procedures with specific focus to the methodology practised in Malaysia. Assessment procedures include physical, bilogical and socio-economic components. Assessment process include preliminary assessment, impact prediction and quantification, identification of mitigating measures and impact reduction, monitoring programme and post-auditing.

SKAG2183 Asas Ekologi

Kursus ini merupakan pengenalan kepada bidang ekologi bagi pelajar yang berminat untuk mendalami bidang pengurusan persekitaran dan juga biogeografi. Kursus ini menjelaskan bagaimana disiplin ini bermula dan berkembang menerusi pengkajian tokoh-tokoh awalnya. Pemahaman tentang ekosistem, ciri-cirinya, komponen kosistem, kitaran biogeokimia dan faktor-faktor yang wujud dalam ekosistem serta masalah dan mitigasi isu-isu alam sekitar juga akan dibincangkan.

This is an introduction course in ecology for students who would like to further their scope of studies in environmental management as well as biogeography. This course illustrates how the discipline of ecology started and developed through the pioneers in this field. The understanding of the ecosystem, its characteristics, components of ecosystem, biogeochemical cycles and the factors that exist in the ecosystem as well as problems and mitigation of environmental issues will also be discussed.

SKAG2193 Geomorfologi Pinggir Pantai

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai proses geomorfologi di zon pinggir pantai yang mempengaruhi bentuk-bentuk bumi di zon tersebut. Pelajar juga akan didedahkan kepada konsep bajet mendak pantai untuk memahami kuasikeseimbangan zon pinggir pantai.

This course aims to give the students an understanding of the geomorphologic processes in coastal zone. Students will also be exposed to the concept of coastal mass budget to understand the quasi-equilibrium of coastal zone.

SKAG2263 Teknik dalam Geografi

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik yang biasa digunakan dalam geografi seperti ukuran kecenderugan memusat, perbandingan data, perkaitan perhubungan dan peramalan. Selain itu, kaedah pemetaan berkomputer dan statistik ruang dan peramalan akan diajar. Analisis data menggunakan perisian SPSS.

This course will expose students to the techniques commonly used in geography such as measures of central tendency, data comparison, association, relationship and prediction. The course will also teach elements of computerized cartography and spatial statistics. Data analysis will utilize the SPSS software.

SKAG2273 Geografi Politik

Kursus ini membincangkan interaksi politik dan fenomena geografi. Fokus kursus ini ialah perubahan ke atas ruang dalam proses perkembangan politik semasa dan pelaksanaan polisi awam di sesebuah negara.

This course discusses the interaction between politic and geographical phenomenon. It focuses on spatial changes in current political development processes and the implementation of public policy.

SKAG3006 Latihan Industri

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap persekitaran kerja. Pelajar akan terlibat sebagai PEKERJA organisasi dan memahami peranannya dalam membantu mentadbir dan mengurus perjalanan organisasi. Sepanjang kursus ini pelajar akan beroleh pengalaman dalam melaksana sesuatu projek, memikul tanggungjawab kerja, mengenal pasti masalah dalam persekitaran kerja dan cara mengatasinya, dan akhirnya berkemampuan untuk menghasilkan laporan dan membuat pembentangan dan penulisan dengan berkesan.

This course aims to expose students to the working environment. Students will participate in an organization as its STAFF member and will understand his/her responsibility in the administration and management of the organization. Students will also gain experience with regard organizing a project, assuming work responsibility, identifying work related problems and solving them. At the end of the program, students should be able to produce a report and deliver an effective presentation.

SKAG3063 Hidrologi Lembangan

Kursus ini mendedahkan pelajar peringkat pertengahan kepada ilmu hidrologi secara teori dan praktikal berkaitan sumber air dan kitarannya di dalam keadaan semulajadi. Elemen proses dan tindakbalas akan dikaji di skala lembangan hingga ke sempadan muara dan pinggir pantai. Melalui pendedahan tersebut, pelajar mampu menganalisis impak pembangunan terhadap proses kitaran air.

This course exposes students theoretically and practically, to hydrological knowledge on water resources and its cycle in natural state. Reactions and process elements will be studied from catchment scale to estuary and coastal boundaries. Through this exposure, students will be able to analyse the impacts of development on water cycle processes.

SKAG3073 Pembangunan Pertanian dan Industri Asas Tani

Kursus ini membicarakan dinamika (faktor-faktor yang mempengaruhi) pembangunan pertanian dan industri asas tani.

This course deals with the development dynamics of agriculture development and agri-based industry .

SKAG3103 Geografi Ekonomi dan Dasar Awam

Kursus ini menjelaskan kaitan antara proses globalisasi dengan perubahan letakan aktiviti ekonomi dunia serta implikasinya terhadap dasar pembangunan ekonomi negara membangun dengan tumpuan khusus kepada Malaysia. Antara perkara yang diberi tumpuan termasuklah transformasi sektor primer, pembangunan sektor sekunder dan pemerkasaan sektor tertier khususnya perniagaan moden, perdagangan, pengangkutan dan pelancongan.

This course explains the relationship between the process of globalisation and locational changes of world economic activities and its implications on the policy of economic development of developing countries with special reference to Malaysia. Focus of the discussion will be on the transformation of primary, secondary and tertiary sectors, particularly including business, commerce, transportion and tourism.

SKAG3113 Pembangunan dan Pengurusan Alam Sekitar

Kursus ini meliputi aspek pengurusan alam sekitar kesan daripada perubahan dan pembangunan guna tanah. Penekanan akan diberikan terhadap kemahiran mengesan perubahan guna tanah dan mengukur impaknya terhadap persekitaran. Kursus ini juga menumpukan kepada perbincangan terhadap aspek pengurusan alam sekitar berlandaskan konsep pembangunan berterusan.

This course covers aspects of environmental management and its impact due to land use development and changes. Special focus will be given to skills on detecting land use change as well as measuring environmental impacts. This course will discuss the environmental management aspect in line with sustainable development concept.

SKAG3143 Perubahan Iklim

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang latarbelakang berkenaan konsep perubahan iklim masa lampau dan masa kini. Untuk mengetahui iklim akan datang dan merancang serta mengambil langkah-langkah mengatasi masalah perubahan iklim akan datang, kita perlu juga mengkaji dan memahami tentang iklim masa lampau yang telah dialami oleh dunia sejak beribu tahun lalu.

The course will expose students to the underlying concepts of the past and present climate change. In order to know future climate and to plan mitigation and adaptation strategies, an understanding of what the climate was like in the last few thousand years should also be studied.

SKAG3153 Geografi Pengangkutan

Tumpuan kursus ini ialah terhadap soalan bagaimana pengangkutan, iaitu infrastruktur memberi faedah kepada manusia melalui pengurangan geseran jarak akibat halangan fizikal, masa perjalanan dan kos atau tambang. Kesan sosial aktiviti pengangkutan, polis, dan perancangan pengangkutan bagi menjamin kelestarian kegiatan ekonomi, peminimuman kesan alam sekitar yang tidak diingini, dan pengurangan jurang ketersampaian di kalangan pengguna yang kurang mampu juga akan dibincangkan.

This course focusess on the question of how transportation,that is infrastructure benefits the population through the reduction of distance resulting from the physical barriers, travel time and cost or fare. Social impacts of transportation activities, policies and transportation planning to ensure sustainable economic activities, minimum environmental impacts and reduction of accessibility gap among the consumers will also be discussed.

SKAG3173 Kajian Pelancongan

Kursus ini memperkenalkan pelancongan sebagai aktiviti ekonomi yang paling penting di dunia dan memberikan perhatian kepada definasi, model, teori dan perancangan pembangunan pelancongan. Pembangunan pelancongan di Malaysia dan beberapa negara lain akan ditekankan.

This course introduces tourism as the most important economic activity in the world. It discusses several basic definitions, models, theories and tourism development planning. Tourism development in Malaysia and several other countries will be examined.

 SKAG3243 Pengurusan Sumber Air

Kursus ini membincangkan perspektif pengurusan sumber air bersepadu yang melibatkan aspek pengurusan kawasan tadahan, sistem penawaran air dan pengagihan sumber air. Pelajar akan didedahkan kepada konsep dan teori pengurusan sumber air, analisis agregat permintaan dan penawaran air serta pengurusan sumber air bawah tanah dan permukaan.

This course discusses an integrated water resources management perspective with emphasis on water catchments management, water supply system and water resource distribution. Students will be exposed to the concepts and theories on water supply management, aggregate analysis on water supply and demand as well as ground water and surface water resources management.

SKAG3253 Pengurusan Sisa Bersepadu

Kursus ini bertujuan membincangkan proses penjanaan sisa buangan, teknologi untuk rawatan dan pelupusan sisa buangan. Penekanan khusus diberikan kepada Pengurusan Sisa Bersepadu (IWM) berasaskan Waste Hierarchy Approach: pengurangan peringkat sumber, kitar semula/guna semula, kompos, insinerator dan tapak pelupusan. SKAG3283 Penilaian Risiko dan Pengurusan Bencana Alam Kursus ini menjelaskan pelbagai konsep penilaian risiko dan pengurusan bencana alam. Pelbagai jenis penilaian risiko dan pengurusan bencana alam serta kaedah menganalisis dan peramalan risiko akan juga diperjelaskan.

This course covers various concepts of risk evaluation and the management of natural hazards. Types of risk evaluation and the management of natural hazards, its analysis and risk prediction will be emphasized.

SKAG3293 Ekosistem Bandar

Kursus ini mengandungi prinsip dan komponen asas ekosistem bandar. Penekanan akan kepada terhadap saling kaitan antara persekitaran fizikal dan manusia, impak perubahan persekitaran bandar serta bentuk pengurusan bagi pembangunan berterusan.

This course discusses the basic principles of urban ecosystem. Special focus will be given on the interaction between human and physical environment and its impacts to urban ecosystem. This course also highlights the urban management based on sustainable development principle.

SKAG3303 Perancangan Bandar dan Wilayah

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang konsep dan teori asas dalam perancangan bandar dan pembangunan wilayah. Penekanan diberikan kepada isu perancangan bandar dan proses ketakseimbangan pembangunan antara wilayah di Malaysia dengan tumpuan kepada pelan struktur dan pelan tempatan bagi perancangan bandar, serta dasar dan strategi kewilayahan bagi pembangunan negara.

This course introduces students to the basic concepts, theories and practice in urban planning and regional development focusing on issues related to urban growth and imbalance process of regional development in Malaysia. Special emphasis is given to structure plan and local plan for urban planning, and on regional policies and strategies for national development.

SKAG3316 Latihan Ilmiah

Kursus ini merupakan latihan akademik untuk melaksanakan penyelidikan secara individu. Pelajar akan beroleh pengetahuan dalam mengenal pasti isu geogafi dan kaedah yang sesuai digunakan bagi sesuatu penyelidikan. Pelajar juga akan dipandu daripada segi mengorganisasi data sehingga berjaya menghasilkan satu penulisan ilmiah.

This course is an academic axercise for students to conduct an independent research. The student will gain knowledge, particularly, in identifying geographic issues and appropriate methodology for the research. Students will be guided in organizing their data and writing an academic paper.

 

 

 

 

 

Translate »