PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

ANTHROPOLOGY & SOCIOLOGY

PENGENALAN

Sebelum proses penstrukturan semula fakulti dilaksanakan pada tahun 2001, Program Antropologi dan Sosiologi wujud sebagai sebuah jabatan iaitu Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Jabatan tersebut telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Mei 1970. Pada awalnya dua disiplin iaitu antropologi dan sosiologi telah diajar di Jabatan secara berasingan, tetapi mulai sesi 1979-80 usaha telah diambil untuk mengintegrasikan disiplin antropologi dan sosiologi dari segi program pengajaran dan bidang penyelidikan.

            Prinsip utama yang digunakan dalam merekabentuk kurikulum Program adalah terkini, sentiasa mengambilkira dan berevolusi mengikut perkembangan ilmu dan teknologi, lengkap dan mantap. Prinsip yang digunakan juga mengambilkira visi Universiti yang ingin menjadi universiti bertaraf dunia. Sehubungan itu visi Program memberikan pendidikan bersifat ilmiah dan saintifik tentang manusia, masyarakat dan budaya. Dari segi misinya pula Program menjana ilmu yang berteraskan gabungan disiplin antropologi dan sosiologi yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan budaya yang membangun dan berperanan aktif dalam menanggapi isu-isu lokal, regional dan global. Matlamat akhir Program adalah menghasilkan graduan yang memiliki ciri-ciri profesional yang relevan, sesuai di pasaran, berdaya saing dan cukup terlatih untuk pembelajaran seumur hidup.

            Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Program pada peringkat Sarjanamuda menggabungkan dua komponen, iaitu komponen sejagat dan khusus. Komponen sejagat merangkumi teori dalam sains sosial termasuk falsafah dan pemikiran sosial, teori serta metodologi dalam antropologi dan sosiologi. Komponen khusus pula tercermin daripada kursus-kursus teras kedua-dua disiplin seperti famili dan kekerabatan, urbanisasi dan urbanisme, hubungan etnik, etnografi, agama, kajian minoriti, gender, devians dan jenayah, sosiologi industri, perubahan sosial, organisasi kompleks, budaya dan konsumerisme dan pemakanan dan kesihatan. Melalui kursus-kursus tersebut, kajilidikan, latihan industri dan penulisan latihan ilmiah pelajar dapat mengamati dan menganalisis proses sosiobudaya secara am dan berupaya mengenali pelbagai fenomena sosial dan isu yang terlibat dalam proses pembangunan negara secara khusus.

            Sesuai dengan matlamat Program untuk memperkasakan lagi pengajian siswazahnya dan meningkatkan mutu graduan siswazah, kedua-kedua kurikulum prasiswazah dan siswazah dinilai secara bergabung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah menyemak kesinambungan ilmu yang diberikan, kesesuaiannya dari segi aplikasi dan tuntuan pasaran, dan memastikan pengajaran serta pembelajaran bersifat terkini dan global. Sehingga kini Program telah banyak melatih pelajar siswazah dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Iran, Nigeria, Jepun dan Mexico.

Sejak awal penubuhannya hingga sekarang, Program Antropologi dan Sosiologi telah mempunyai rekod pencapaian akademik yang amat membanggakan. Hal ini tergambar melalui komitmen tenaga pengajarnya terhadap pengajaran yang cemerlang, penglibatan secara terus menerus dalam penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan dana UKM dan dana dari luar UKM di peringkat nasional dan juga antarabangsa, khidmat konsultasi yang diberikan kepada pelbagai pihak luar dari UKM, dan sumbangan ilmiah serta profesional kepada beberapa dasar dan pelan negara.

Visi Antropologi dan Sosiologi

Misi Antropologi dan Sosiologi

 Matlamat Program Antropologi dan Sosiologi

Matlamat program Antropologi dan Sosiologi adalah untuk:

  •  

Prasiswazah

Program Antropologi dan Sosiologi

Urusan pemilihan kemasukan pelajar tidak dikendalikan oleh pihak Program atau Pusat tetapi dalam bidang kuasa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab menyelaraskan dasar pemilihan dengan situasi pembangunan negara dan ketetapan Kabinet.

Pemohon perlu memenuhi syarat am universiti  dan syarat keperluan khas program seperti berikut:

Syarat Kelayakan :

a.         Kelayakan minimum calon STPM/setaraf

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
  • Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  • Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan,
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
  • Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

b.         Kelayakan minimum calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
  • Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  • Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
  • Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

c.         Kelayakan Minimum Calon Kelayakan Setaraf

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan baik;
  • Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
  • Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

d.         Syarat khas

  • Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:
    • Geografi
    • Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan
    • Satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Arab
    • Sejarah
    • Kesusasteraan Melayu
    • Literature in English
    • Ekonomi
    • Syariah
    • Usuluddin
    • Perkauanan
    • Pengajian Perniagaan
    • Perkomputeran
    • Matematik S
  • Calon yang tidak mempunyai kelulusan Gred C mata pelajaran Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan di peringkat STPM perlu lulus dengan sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Prinsip Akaun/ Perdagangan / Ekonomi Asas di peringkat SPM.

Kriteria dan syarat kemasukan yang diberikan oleh pihak Fakulti melalui Universiti akan dinilai, dilulus dan disahkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Seterusnya pihak BPKP akan menggunakan syarat ini untuk menyaring permohonan dan memilih pelajar.

Syarat Untuk Lepasan Diploma

Kelayakan permohonan menggunakan kelulusan diploma hendak mempunyai  PNGK 3.00 ke atas:

  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
  • Telah mengambil Malaysia University English Test (MUET)

Cara Memohon

Pelajar Tempatan

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Pelajar Antarabangsa

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Translate »