Portal Maya Istilah Sains (ETISAS)

Posted by Webmaster on January 1, 2012  •  Comments (64)  • 

Permasalahan utama yang dihadapi oleh para pelajar mahupun para penyelidik masakini adalah tanggapan kurangnya istilah bahasa Melayu di dalam bidang Sains. Kini, dengan inisiatif Jawatankuasa Istilah FST yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Ismail sedang giat membangunkan pangkalan data Portal Maya Istilah Sains (ETISAS). Pengguna juga boleh membantu bersama-sama dalam memperkembangkan pangkalan data tersebut dengan mencadangkan istilah-istilah baru kepada jawatankuasa tersebut.

Sila layari Portal Maya Istilah Sains (ETISAS) hari ini bagi memudahkan proses pembelajaran anda.

etisas

Secangkir budi seberkas hati: Cintailah Bahasa Kita

LAGI

Potensi Mikro Alga

Posted by Webmaster on January 1, 2012  •  Comments (64)  • 

UKM akan memulakan tujuh projek penyelidikan tumbuhan mikro alga, dengan harapan untuk mengkomersialkannya. Mikro alga adalah sejenis tumbuhan yang membuat laut dan sungai menjadi hijau dan dianggap sebagai tumbuhan yang mampu menyelesaikan banyak permasalahan dunia sekarang kerana kegunaannya yang pelbagai. Sekiranya ia dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak ia mampu menamatkan masalah kekurangan makanan dan memberi penyelesaian kepada permintaan tenaga yang semakin meruncing. Empat memorandum persefahaman telah ditandatangani antara UKM yang di wakili oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Sharim Hj Ahmad dengan Massey University, New Zealand yang diwakili oleh Professor Yusuf Chisti.

Antara penyelidikan yang akan dilakukan adalah impak mikro alga sebagai makanan ikan yang diternak di Tasik Chini untuk pembiakannya semula dalam tasik itu bagi mengatasi masalah kekurangan ikan di situ. Turut hadir pada upacara itu adalah Prof Datuk Dr Mushrifah Idris, Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini....

 

microalgae

 

LAGI

Penemuan Genus dan Spesies Baru (Amphipoda)

Posted by Webmaster on January 1, 2012  •  Comments (64)  • 

Dua spesis dan satu genus baru hidupan marin telah berjaya dinamakan oleh pensyarah/ penyelidik PPSSSA. Genus baru tersebut dinamakan sempena lokaliti haiwan tersebut dijumpai iaitu di perairan pantai Klebang, Melaka.

new

Penemuan terbaru ini juga telah diterbitkan secara online first di jurnal antarabangsa Zoological Studies. Makalah boleh dimuat turun secara percuma di sini.

 

LAGI