Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM (603) 8921 3291

pptc@ukm.my

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) diwujudkan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan berasaskan aspek biotic dan abiotik yang tergolong dlm kepelbagaian flora dan fauna, air, tanih dan udara

PPTC ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat mengenai pengurusan tasik bersepadu kepada masyarakat. Pihak kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan tanah seluas 10 ekar di perkarangan Tasik Chini untuk dijadikan tapak pembangunan kompleks PPTC

Jalinan di antara kerajaan negeri Pahang dan UKM dalam penubuhan PPTC adalah selaras dengan tuntutan pelaksanaan dasar-dasar yang terkandung di dalam Rancangan Fisikal negeri Pahang (2001-2020) dan Rancangan Tempatan Daerah Pekan (2002-2015) dalam pembangunan lestari dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Objektif PPTC

Menjalankan kajian saitifik dan kerja lapangan pengajaran mengenai kepelbagaian biologi, fungsi ekosistem dan pengurusan tasik bersepadu

Meningkatkan kepakaran, pengetahuan dan menjana pengalaman semasa menjalankan aktiviti kajian di lapangan secara teratur dan berkesan.

Menyepadukan pendekatan – pendekatan baru dalam penyelidikan dalam kepelbagaian biologi, fungsi ekosistem, pengurusan tasik pada tahap kebangsaan dan antarabangsa

Untuk membangunkan PPTC ke arah penyelidikan sains yang terunggul dan pusat pendidikan selaras dengan aspirasi UKM

Membantu kerajaan negeri Pahang dalam pemuliharaan, pemulihan dan kelestarian Tasik Chini untuk kerajaan negeri dan warisan Negara

Lokasi

Terletak di daerah Pekan, lebih kurang 100 km dari Bandar Kuantan, 40 km dari Bandar Muadzam Shah dan 70 km dari bandar Pekan.

Terbentang di antara koordinat 3° 24’ 40” U hingga 3° 26’ 42” U dan 102° 52’ 18”T hingga 102° 55’ 54” T

Terbentuk daripada gabungan 12 buah jasad air terbuka yang dikenali sebagai ‘laut’ oleh Orang Asli suku kaum Jakun

Keluasan tasik ini dianggarkan lebih kurang 202 hektar jasad air (kekal banjir) dan 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekelilingnya

Merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera

Aliran air utama yang memasuki tasik ini adalah melalui Sungai Datang di bahagian Barat Laut, Sungai Gumum di bahagian Timur Laut, Sungai Perupok di bahagian Barat dan Sungai Melai di bahagian Selatan.

Satu-satunya aliran keluar air tasik adalah melalui Sungai Chini sepanjang 4.8 km di bahagian utara tasik yang bersambung dengan Sungai Pahang.

Aset Dan Tarikan

Memandangkan Tasik Chini merupakan tasik semula jadi, maka harus dipelihara sebagai warisan yang penting kepada negara dan generasi akan dating. Kehilangannya adalah kekal dan tidak dapat dicari ganti.

Kajian menunjukkan tasik ini mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang kaya , iaitu sebanyak 51 spesies tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesies tumbuhan jenis hutan paya air tawar, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.

Keunikan teratai (Nelumbo nucifera), telipok (Nymphea lotus), rumput kercut (Lepironia articulata) dan memancing ikan toman (Channa micropeltes) merupakan tarikan utama aktiviti ekopelancongan di sini.

Tasik ini mempunyai habitat semulajadi yang luas seperti hutan riparian, hutan paya air tawar, hutan bukit dan hutan rendah dipterokap.

Orang Asli dari suku kaum Jakun, menggunakan tasik ini sebagai sumber rezeki dan sumber bekalan air mereka. Kehadiran dan kompleksnya ekosistem Tasik Chini menjadikannya aset yang tidak terhingga dalam aspek estatika, warisan, sosioekonomi, ekopelancongan dan kepentingan ekologi

Pembangunan PPTC

PPTC memerlukan sebuah kompleks penyelidikan yang lengkap dengan infrastruktur mesra alam serta kakitangan yang mahir

Untuk menjalankan penyelidikan dan kerja lapangan, kompleks PPTC perlu dilengkapi dengan peralatan yang boleh mengukur status persekitaran ekosistem tasik serta lembangannya

Penginapan perlu disediakan untuk keselamatan serta kebajikan penyelidik, pelajar dan tetamu

Dasar Pembangunan PPTC

Dianggarkan lebih kurang RM20 juta diperlukan untuk melengkapkan prasarana pembangunan PPTC supaya boleh berfungsi sebagai sebuah pusat penyelidikan yang akan menjalankan permonitoran dan kesihatam Tasik Chini serta semua tasik dan tanah bencah yang terdapat di kawasan itu.

Justeru sumbangan daripada semua pihak seperti kerajaan, badan korporat, swasta, badan bukan kerajaan dan individu-individu adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk menyelamatkan Tasik Chini.

Isu-Isu Semasa

Aktiviti-aktiviti pembangunan untuk pertanian dan ekopelancongan yang tidak mesra alam telah membawa kesan negative terhadap fungsi-fungsi ekologi dan kepelbagaian biologi.

Pembangunan dan penggunaan tanah yang tidak terkawal dan bercanggah dengan statusnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah mengakibatkan persekitaran yang menurun dalma kawasan lembangan tasik.

Pencemaran dan kemerosotan kualiti air serta pertambahan tumbuhan ekor kucing (Cabomba furcata) boleh menjejaskan nilai estetika tasik

Kekurangan air di dalam tasik semakin kritikal pada musim kemarau dan ini menggalakkan endapan sedimen serta tumbuhan liar di luar kawalan

Kawasan hutan yang dicerang, dibalak dan dibakar adalah di antara faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kepada peningkatan suhu di kawasan tasik.

Eksploitasi kekayaan flora dan fauna serta sumber alam semula jadi lain secara rakus dan tanpa kawalan memberi impak negatif kepada ekosistem semulajadi tasik.