Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM (603) 8921 3291

pptc@ukm.my

Kajian lepas di Tasik Chini, Pahang

17 November 2012

Comments:

0
 November 17, 2012
 0

Category: Flora

Kajian lepas di Tasik Chini, Pahang

  1. Euphorbiaceae merupakan famili terbesar direkodkan diikuti Lauraceae, Meliaceae dan Annonaceae. Spesies yang kerap dijumpai adalah Vitex pinnata (Verbenaceae), Desmos dasymaschalus (Annonaceae), Dillenia excelsa (Dilleniaceae) dan Nothaphoebe panduriformis (Lauraceae) (Norsiah 2004)
  2. Kajian mengenai kepelbagaian tumbuhan dan pengurusan tanah bencah di Tasik Chini. Myrtaceae merupakan famili yang mencatatkan bilangan spesies paling banyak iaitu Syzygium cerina, S. spicata, S. napiformis dan S. longiflora. (Gan & Bidin 2005)
  3. Komposisi, kepelbagaian dan biojisim atas tanah spesies pokok . Perbandingan mengenai struktur tumbuhan hutan riparia dengan hutan di kawasan pedalaman di Sg. Chini, melaporkan Croton argyratus (Euphorbiaceae) merupakan spesies dominan dan kerap dijumpai di kawasan hutan riparia manakala Elateriospermum tapos (Euphorbiaceae) merupakan spesies dominan yang kerap dijumpai di hutan kawasan pedalaman. (Najmi 2005).
  4. Komposisi, kepelbagaian dan biojisim atas tanah spesies pokok. Annonaceae dan Euphorbiaceae masing-masing merupakan dua famili yang kerap dijumpai di kawasan hutan riparia dan di kawasan pedalaman. Desmos dasymaschalus (Annonaceae) dilihat sebagai spesies yang paling kerap dijumpai di hutan riparia manakala Artocarpus rigidus kerap dijumpai di kawasan pedalaman. Anggaran nilai biojisim di kawasan hutan riparia adalah lebih kurang 400.96 tan/ha (Wahidah 2005)
  5. Komposisi, kepelbagaian dan biojisim spesies pokok. (Wan Juliana et al. 2006)
  6. Kepelbagaian vegetasi lantai hutan (Nizam et al. 2006)
  7. Komposisi, kepelbagaian serta biojisim atas tanah spesies pokok DBH > 5 cm (Nurhasyimah 2006)
  8. Komposisi dan kepelbagaian spesies pokok DBH < 5 cm (Phua Pei Ying 2006)
  9. Taburan tumbuhan akuatik dan kualiti air (Chandra ganesh 2007)
  10. Komposisi dan kepelbagaian spesies pokok (Mohd Fairuz 2007)
  11. Taburan, kelimpahan serta perhubungan Cabomba furcata dan Nelumbo nucifera dengan persekitaran (Nurhanim 2008)
  12. Kepelbagaian dan ekologi tumbuhan akuatik (Wan Juliana et al. 2010)
  13. Struktur komuniti, kepelbagaian serta biojisim spesies pokok dan kaitannya dengan faktor edafik. Kajian mengenai komposisi, kepelbagaian dan biojisim spesies pokok serta menilai status fizik, kimia dan kandungan nutrien tanah di lembangan Chini yang mana terdapat tiga jenis hutan yang telah dikenal pasti iaitu hutan pedalaman, banjir bermusim dan riparia. Endospermum diadenum (Euphorbiaceae) merupakan spesies yang mempunyai IVI paling tinggi di kawasan hutan pedalaman, Streblus elongatus (Moraceae) merupakan spesies yang paling tinggi di hutan banjir bermusim manakala Aporosa arborea (Euphorbiaceae) di hutan riparia. (Khairil 2010)
  14. Komposisi dan kepelbagaian spesies pokok (Norsiah 2010)
  15. Fenologi dan dinamik populasi spesies Ficus (Muhammad Azmil 2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *