Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM (603) 8921 3291

pptc@ukm.my

Penglibatan Komuniti dalam Rizab Biosfera Tasik Chini

27 November 2013

Comments:

0
 November 27, 2013
 0

Penglibatan komuniti adalah satu prasyarat penting dalam pembentukan Rizab Biosfera. Bermula daripada usaha untuk memulakan inisiatif percalonan lagi, penglibatan komuniti sebagai pembuat keputusan sehinggalah kepada bagaimana mereka dapat melibatkan diri dalam program dan aktiviti pemajuan serta pemeliharaan alam sekitar adalah amat signifikan dalam menjamin kelestarian Tasik Chini yang kaya dengan sumber-sumber sejarah dan budaya. Hal ini kerana Rizab Biosfera Tasik Chini perlu mengambil kira pengalaman terintegrasi, yang mana konservasi, pembangunan dan sokongan untuk penyelidikan, pendidikan dan senggang menjadi entiti interaksi antara pelancong dan tuan rumah Tasik Chini.

Menghayati Peranan Komuniti Dalam Rizab Biosfera Tasik Chini

Kejayaan Rizab Biosfera Tasik Chini amat bergantung kepada kejayaan kelompok mikro, iaitu komuniti kampung. Justeru penglibatan komuniti dalam pembangunan Tasik Chini adalah salah satu faktor yang harus digalakkan agar dapat memupuk kesedaran penduduk dalam memelihara keindahan dan memanjangkan jangka hayat Tasik Chini.

 

Bersama Komuniti Apa Yang Kami Boleh Tawarkan

  • Sehari bersama Tok Batin.
  • Sehari bersama Pakar Bidang
  • Sehari bersama The Challenger Thraill Orang Asli.
  • Tarian Kelundang.
  • Senggang komuniti Chini.
  • Naga Tasik Chini

 

Siapa Yang Perlu Hadir

  • Kakitangan Akademik
  • Pelajar
  • Pelancong.

 

Gambar Penglibatan Ekopelancongan dan SosioEkonomi di Tasik Chini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *