Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Prasarana UKM

JPP Kampus Kuala Lumpur

Sekiranya saya ingin memberikan cadangan, penambahbaikan dan pendapat kepada pihak Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaran (JPP) UKM Kampus Kuala Lumpur, bagaimanakah caranya?

Cadangan, penambahbaikan dan pendapat boleh dikemukakan terus secara emel atau bersurat kepada Ketua Unit Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaran (JPP) UKM Kampus Kuala Lumpur.

Dimanakah Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaran (JPP) UKM Kampus Kuala Lumpur Mengiklankan Notis Sebutharga / Tender?

Notis Sebutharga / Tender di iklankan di :

  1. Papan Kenyataan Aras Bawah, Blok C Berhadapan Dengan Pintu Masuk Pejabat JPP UKM KKL.
  2. Papan Kenyataan Di JPP UKM Bangi
  3. Di Dalam Laman Web ukm.my/jpp

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan (JPP) Unit Kampus Kuala Lumpur?

Kami menyediakan perkhidmatan pembangunan, penyelenggaraan dan perundingan teknikal di dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Mekanikal yang meliputi kawasan keseluruhan Kampus Kuala Lumpur, Kolej Tun Syed Nasir Dan Pusat Latihan Khidmat Masyarakat Tanjung Karang Selangor.

Dimanakah lokasi Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan (JPP) Kampus Kuala Lumpur?

Pejabat kami terletak di UKM Kampus Kuala Lumpur, Blok C, Aras Bawah.

Bagaimanakah cara untuk menghubungi Jabatan Pembangunan Dan Penyelengaraan (JPP) Kampus Kuala Lumpur?

Universiti Kebangsaan Malaysia

Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan

Kampus Kuala Lumpur

Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Kuala Lumpur

Hotline : 03 – 9289 7500

Fax      : 03 – 2698 3543

Proses pembaikan penghawa dingin memakan masa yang agak lama, kenapa?

Proses pembaikan penghawa dingin mengambil masa yang agak lama kerana memenuhi prosedur perolehan yang telah ditetapkan. Jangkamasa proses perolehan sebelum kerja pembaikan dapat dilaksanakan adalah sekurang-kurangnya 7 hari.

Sekiranya berlaku kerosakan (kecemasan) elektrik, apakah nombor yang boleh dihubungi?

Boleh hubungi terus talian :

  • Pejabat JPP UKM KKL Seksyen Elektrik : 03 – 9289 7399 / 7500 (7.30 Pagi Hingga 5.30 Petang)
  • Penjaga Jentera Elektrik : 013-3085588 ( En. Sharani Bin Shahbudin )

Sistem Elektrik mengalami kerosakan kecil seperti lampu terbakar, soket kuasa dan suis tidak berfungsi, bagaimana cara nya untuk membuat aduan tersebut?

Aduan kerosakkan boleh dibuat melalui Sistem Maklumbalas Dan Aduan Ukm (E-Fact) atau terus menghubungi Hotline JPP UKM KKL Di 03 – 9289 7500.

Apakah cara atau proses pinjaman peralatan dan kemudahan majlis.

Pengguna boleh mendapatkan Borang Permohonan Peralatan Dan Kemudahan Majlis ( UKM-SPKP-JPP-PK09-BO01 ) di Laman Web JPP UKM seterusnya mengisi borang permohonan tersebut dan kemudian dikemukakan kepada pihak JPP UKM KKL dalam tempoh Tujuh (7) Hari Sebelum tarikh majlis.

Bagaimana saya hendak menyemak status aduan kerosakan saya?

Semakan status aduan boleh dibuat melalui Sistem Maklumbalas Dan Aduan UKM (E-Fact).