Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Prasarana UKM

Unit Ukur Bahan

Kenapa dokumen Sebutharga/Tender saya ditolak?

Dokumen Tender/Sebutharga biasanya ditolak kerana tidak lengkap. Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah :

  • Borang tidak diisi dengan lengkap
  • Dokumen wajib tidak dilampirkan (Salinan sijil-sijil/kad CIDB/dll)
  • Pendaftaran telah tamat tempoh
  • Penyata kewangan tidak disertakan/bukan yang terkini/tidak lengkap (3 bulan)

Apakah dokumen yang perlu disertakan ketika penyerahan dokumen sebutharga atau tender?

  1. Dokumen Tender/Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap, ditandatangani dan cop syarikat.
  2. Profile Syarikat
    • Salinan Kad CIDB.
    • Salinan sijil-sijil pendaftaran dari CIDB/KKM.
    • Maklumat pentender
    • Senarai kakitangan/aset syarikat
    • Katalog/Jadual data teknikal
    • Penyata Bulanan Akaun Bank yang terkini (3 bulan).

Adakah jumlah harga kontrak yang ditawarkan termasuk dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)?

Jumlah Harga Kontrak adalah tidak termasuk GST, jumlah GST akan dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima (SST).

Adakah bayaran Interim dikenakan GST jika kontrak bermula sebelum perlaksanaan GST?

GST hanya dikenakan pada bayaran Interim yang dibuat pada/selepas 1 April 2015.

Berapa tempoh masa untuk mengetahui keputusan sebutharga atau tender selepas penyerahan dokumen?

Tempoh maksima bagi keputusan Tender/Sebutharga adalah 45 hari bermula dari tarikh tutup Tender/Sebutharga.

Apakah situasi yang membolehkan kontraktor layak untuk mendapat Lanjutan Masa (EOT)?

  • Perkara luar jangka (Force Majoure)
  • Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
  • Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjiran
  • Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
  • Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
  • Kelewatan artisan “Tradesman” yang dilantik oleh klien
  • Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak

Apakah perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh kontraktor sebelum memulakan perkhidmatan/kerja?

  • Bon Perlaksanaan (5% – Kerja, 2.5% – Bekalan/Perkhidmatan)
  • Polisi Insurans Tanggungan Awam @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
  • Polisi Insurans Pampasan Pekerja @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
  • Polisi Insurans kebakaran @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
  • Nombor pendaftaran PERKESO.

Bolehkah kontraktor utama membuat tawaran bagi kerja-kerja Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC)?

Kontraktor utama boleh membuat tawaran semasa proses tender/sebutharga bagi pelantikan Kerja Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC) jika kontraktor utama mempunyai kepakaran/kemahiran yang dibenarkan bagi melaksanakan kerja tersebut (Klausa 30 (d)).