Penyataan Kualiti
VISI
Menyempurnakan Keunggulan dan Kecemerlangan Universiti Kebangsaan Malaysia
MISI
Menyediakan Infrastruktur Fizikal dan Persekitaran Kampus Yang Kondusif Untuk kecemerlangan Ilmu
MOTO
“Mesra Pelanggan”
OBJEKTIF PRASARANA-UKM
- Merancang dan Melaksana program pembangunan fizikal kampus Induk Bangi dan cawangan sejajar dengan perkembangan program Akademik, objektif Universiti dan Negara.
- Mengurus dan Menyelenggara bangunan, kemudahan / fasiliti, persekitaran, dan hartabenda Universiti untuk menjadikannya sebagai tempat yang selesa dan kondusif bagi perkembangan akademik.
- Menyedia perkhidmatan lanskap, kebersihan kawasan, pelupusan sampah, infrastruktur awam, dan persiapan untuk upacara-upacara rasmi Universiti (persiapan peperiksaan, seminar, bengkel, konvokesyen dan sebagainya) termasuk pembekalan kelengkapan upacara sejajar dengan garispanduan Universiti.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan bekalan dan kemudahan perkhidmatan yang disediakan berkualiti.
- Memastikan bayaran diurus dengan segera.
- Memastikan maklumat pembaikan menterampilkan kebolehpercayaan.
- Memastikan aduan yang sama tidak berulang.
- Memastikan projek berjalan mengikut jadual.
- Memastikan kawasan kampus bersih, ceria dan selesa.
DASAR KUALITI
PRASARANA-UKM beriltizam melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya bagi menzahirkan kepuasan pelanggan.
Perlaksanaan Dasar Kualiti PRASARANA-UKM adalah selaras dengan keperluan-keperluan berikut :
- Bersesuaian dengan halatuju PRASARANA-UKM.
- Dihayati dan difahami oleh semua warga PRASARANA-UKM.
- Dasar kualiti dikaji semula dalam Kajian Semula Pengurusan untuk mencapai kehendak-kehendak pelanggan dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
- Dasar Kualiti dikawal dan dikaji semula bagi menjamin kesesuaiannya yang berterusan.
OBJEKTIF KUALITI
Selaras Dengan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM, Jabatan telah menetapkan Objektif Kualiti seperti berikut :
- Menyediakan Laporan Penilaian Sebutharga/Tender dalam tempoh 3 hari daripada tarikh tutup tender/sebutharga. Menyediakan Dokumen Kontrak Perolehan Kerja daripada tarikh Surat Setuju Terima (SST)
- 85% projek pembinaan bangunan dan prasarana disiapkan mengikut tempoh kontrak.
- Penyelenggaraan Perkhidmatan Bangunan Dilaksanakan mengikut jadual
- Penyediaan kemudahan dan peralatan disiapkan sebelum majlis diadakan.