Penyelenggaraan

Definasi Penyelenggaraan 

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta selamat digunakan.

Tujuan Penyelenggaraan

  • Selamat dan boleh guna (dari segi ketahanan dan kesihatan).
  • Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta  447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya).
  • Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.
  • Mencapai tahap bolehguna yang diterima.
  • Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.
  • Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan serbis.
  • Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.

Jenis Penyelenggaraan

  • Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance): Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan pemeriksaan berkala.
  • Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance): Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.

Kategori Kerosakan

  • Cemas (Emergency) – kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak).
  • Segera (Urgent) – kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan tersumbat).
  • Biasa (Normal) – kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

Operasi Penyelenggaraan

  • Serbis (servicing)
  • Pembersihan / Pencucian Bangunan (rutin cleaning)
  • Pembaikan (rectification, repair)
  • Penggantian (replacement)
  • Penyambungan (extension)
  • Pengubahsuaian (renovation)
  • Naiktaraf (upgrading)
  • Bekalan, Perolehan dan Penyimpanan Barang-barang dan Alatganti

    Unit-unit yang terlibat terdiri dari unit Awam, Landskap, Mekanikal dan Elektrikal.