SEJARAH

Ditubuhkan pada 18 Mei 1970 selaras dengan penubuhan UKM dan beroperasi buat kali pertamanya di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai dan kini beroperasi secara tetap di Kampus UKM Bangi.

Sejak penubuhan Prasarana-UKM, jabatan ini telah diterajui oleh lapan orang pemimpin jabatan yang digelar sebagai Pengarah. Mereka ialah:

  • Abdullah Bakri (1970-1973)
  • Edward Cheah (1974-1976)
  • Soon Cheng Aik (1977-1979)
  • Bahari Ali (1980-1983)
  • Ibrahim Yaakub (1984-1985)
  • Ishak Hj. Arshad (1986-2008)
  • Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Abdul Rashid (2008-2015)
  • Prof. Madya Ir. Dr. Othman Jaafar (2016-kini)

Prasarana-UKM mempunyai sembilan unit yang beroperasi membantu jabatan dalam kerja-kerja pentadbiran, pembangunan, perkhidmatan, prasarana dan penyelenggaraan kampus. Unit-unit tersebut adalah:

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Pengurusan Tenaga
  • Unit Awam
  • Unit Arkitek
  • Unit Ukur Bahan
  • Unit Elektrik
  • Unit Landskap
  • Unit Mekanikal
  • Unit Aset

Jabatan ini juga mempunyai cawangan yang beroperasi di Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Sehingga kini Prasarana-UKM mempunyai seramai 193 kakitangan yang terdiri daripada kakitangan profesional dan sokongan.