1. Fakulti saya akan menganjurkan suatu persidangan antarabangsa. Kami ingin staf UKM  tahu mengenai persidangan ini. Bagaimana kami boleh mendapatkan bantuan Pusat Komunikasi Korporat untuk tujuan tersebut?

Jawapan
Untuk makluman dalaman ia boleh dibuat melalui Bulletin Terkini di e-warga dan juga papan digital. Sila baca garis panduan yang disediakan.  Permohonan boleh dibuat secara online. Klik di sini untuk mendapat borang dan juga garis panduan.

2. Bagaimana untuk mendapat bantuan PKK mempromosikan sesuatu persidangan untuk orang luar?

Jawapan
Untuk orang luar PKK boleh maklumkan kepada media tempatan dan juga membuat siaran akhbar. Sila hubungi pegawai media PKK untuk tujuan tersebut.

3. Bolehkah  pegawai PKK dijemput  menganggotai  jawatankuasa persidangan?

Jawapan
Pada amnya, pegawai PKK menduduki jawatankuasa aktiviti  peringkat UKM. Untuk  aktiviti peringkat  fakulti, PKK boleh memberi  nasihat , lazimnya di peringkat akhir dan di peringkat akhir persediaan sesuatu persidangan.

4. Bolehkah  seseorang memasukkan maklumat kematian atau kelahiran  dalam bulletin e-warga?

Jawapan
Buletin e-warga memang memasukkan maklumat kematian staf atau keluarga staf. Bagaimanapun, kelahiran tidak dimasukkan. Sila isi borang secara online untuk makluman kematian.

5. Siapakah yang menyediakan  rekabentuk makluman di papan digital?

Jawapan
Pihak yang ingin memasukkan makluman dalam papan digital perlu mendiakannya berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sila baca garis panduan yang boleh diklik di sini.

6. Saya ingin memberi sumbangan kepada penerbitan korporat PKK iaitu Resonance dan Senada. Bagaimanakah sumbangan ini boleh dilakukan?

Jawapan
Sumbangan saudara dan juga staf lain amat dialu-alukan. Bahan yang disiarkan adalah berkaitan dengan apa yang berlaku di UKM, atau yang mempunyai hubungan dengan UKM. Resonance diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan diedarkan ke peringkat antarabangsa, manakala Senada diterbitkan dalam Bahasa Melayu.  Sila hubungi sidang redaksi penerbitan berkenaan untuk keterangan lanjut.

7. Saya dapati UKM mempunyai Portal Berita dan juga Web TV yang menyiarkan berita penyelidikan dan peristiwa. Kumpulan saya sedang menjalankan satu penyelidikan dan kami ingin maklumat penyelidikan ini dijadikan berita dan juga web tv. Bagaimanakah caranya?

Jawapan
Portal Berita UKM dan juga Web TV mengalu-alukan aktiviti berkaitan  dengan penyelidikan. Lazimnya, aktiviti penyelidikan yang disiarkan ialah yang sudah ada hasilnya. Bagaimanapun, sila hubungi pejabat portal berita dan web TV di Wisma Media di Danau Golf Resorts, UKM untuk perbincangan lanjut.

8. Saya melihat  video UKM disiarkan dalam youtube. Bolehkah  saya beri sumbangan video yang dibuat oleh fakulti saya untuk dimasukkan dalam Web TV ukm dan juga you tube?

Jawapan
Buat masa ini video yang dimasukkan dalam web tv UKM dan youtube adalah yang dihasilkan PKK. Bagaimanapun,  video yang sesuai yang dihasilkan oleh fakulti dan institut boleh dimasukkan. Sila hubungi PKK untuk perbincangan lanjut.

9. Institut saya akan mengadakan satu majlis menandatangani MOU dengan sebuah syarikat Jepun di Malaysia. Bolehkah kami dapatkan bantuan PKK untuk mengendalikan majlis menandatangani MOU tersebut.

Jawapan
PKK boleh menyediakan khidmat majlis menandatangani MOU berkenaan.  Sila dapatkan dokumen MOU daripada Unit Undang-undang UKM.

10. Fakulti saya akan mengadakan satu aktiviti. Bolehkah kami dapatkan bantuan jurfoto  PKK untuk mengambil foto aktiviti tersebut.

Jawapan
PKK tidak mempunyai khidmat jurufoto. Sila berhubung dengan pejabat Penerbit UKM yang boleh berbuat demikian.

11. Bagaimana untuk menguhubungi PKK

Jawapan

Pejabat Utama
Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Aras 2, Bangunan Canselori, 43000 UKM, Bangi Selangor
Tel: +603 8921 5540 / 4605 / 3370
Faks: +603 8921 4097
Emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Pejabat Kedua
Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Wisma Media, Danau Golf Resort, 43000 UKM, Bangi Selangor
Tel: +603 8921 5426 / 5436
Faks: +603 8921 3255