Pengenalan

Manual ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tentang perkara berkaitan pengurusan acara dan protokol yang diguna pakai dalam majlis rasmi sama ada di dalam atau di luar Universiti berdasarkan susunan keutamaan jemputan.

Maklumat yang disediakan dalam manual ini merupakan panduan asas dan boleh diubahsuai mengikut keperluan sesuatu majlis dan arahan pengurusan Universiti dari semasa ke semasa.

 

Manual Pengurusan Acara dan Protokol UKM bertujuan untuk:

» Memastikan prinsip sesuatu majlis rasmi Universiti yang telah ditetapkan oleh pengurusan Universiti dipatuhi;

» Menyediakan garis panduan dan kaedah mengenai pengurusan acara di pelbagai peringkat Universiti;

» Menyediakan maklumat tentang aspek yang perlu diberi perhatian oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) apabila merancang sesuatu program atau majlis;

» Menentukan peranan dan tanggungjawab PTJ dalam pengurusan acara;

» Mengenalpasti kemudahan dan sumber sama ada dari dalam dan/atau luar Universiti yang boleh dirujuk dan dimanfaatkan dalam pengurusan acara.


Manual di peringkat akhir pengemaskinian. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai bertanggungjawab:

Abd. Razak Hussin
Timbalan Pengarah (Pentadbiran)
Pusat Komunikasi Korporat

Tel: +603 8921 5053
Fax: +603 8921 4907