![]()
Unit Penerbitan Korporat dan Teks Ucapan mengurus dan menyelaras penerbitan bahan-bahan komunikasi korporat yang diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Korporat. Selain menguruskan penerbitan korporat, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam penulisan dan penyuntingan ucapan dan kata aluan buku cenderamata majlis untuk pengurusan tertinggi universiti.
Objektif
Objektif utama penerbitan korporat ialah untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan terkini universiti di samping mengekalkan imej dan nama universiti melalui penerbitan. Penerbitan korporat juga berperanan untuk menghebahkan aktiviti dan peristiwa terkini universiti untuk tatapan masyarakat umum dan pihak berkepentingan.
Fungsi
- Menerbitkan buletin rasmi universiti iaitu SENADA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Melayu.
- Menerbitkan buletin antarabangsa universiti iaitu RESONANCE yang diterbitkan 4 kali setahun dalam Bahasa Inggeris.
- Menempah dan menyediakan diari harian pengurusan universiti pada setiap tahun.
- Menyedia dan mengeluarkan brosur universiti untuk promosi pendidikan dalam negara.
- Mengeluarkan penerbitan khas seperti koleksi ucapan dan manual pengurusan acara mengikut keperluan.
- Membuat penulisan dan penyuntingan ucapan pengurusan tertinggi universiti iaitu Tuanku Canselor, Pro-Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor serta wakil-wakil Naib Canselor serta Timbalan-timbalan Naib Canselor.
- Membuat penulisan dan penyuntingan kata aluan buku cenderamata majlis untuk pengurusan tertinggi universiti iaitu Tuanku Canselor, Pro-Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor serta wakil-wakil Naib Canselor serta Timbalan-timbalan Naib Canselor.
- Menyelaras dan menyediakan berita dan rencana yang akan diterbitkan dalam buletin SENADA dan RESONANCE.
- Membantu penerbitan Buku Laporan Tahunan Universiti yang diselaraskan oleh Jabatan Pendaftar.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Saipulizam Abd. Ghani
Penolong Pendaftar Kanan
Tel: +603 8921 5323
Emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya





