![]()
Pengurusan Maklumat Bersepadu merangkumi tiga aktiviti berasingan iaitu papan digital, e-warga dan kalendar acara. Aktiviti utamanya ialah mengumpul dan maklumat secara bersepadu kepada warga UKM khasnya dan warga awam amnya.
Objektif
Objektif utama Pengurusan Maklumat Bersepadu ialah sebagai satu unit yang mengumpul, menapis, menyebar dan memantau maklumat-maklumat hebahan kepada warga UKM khasnya dan orang awam amnya melalui buletin universiti, kalendar acara, iklan dan papan digital. Selain itu unit Pengurusan Maklumat Bersepadu juga bertanggungjawab merancang keperluan kewangan perjawatan dan urusan one-off PKK.
Fungsi-Fungsi PMB
- Menerima dan menapis permohonan hebahan berita dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk disiarkan di buletin universiti (laman e-warga), kalendar acara secara atas talian dan hebahan melalui papan digital.
- Memantau, menyelenggara dan mengarkib hebahan berita di kalendar universiti, buletin universiti (laman e-warga) dan papan digital.
- Menyediakan rekabentuk grafik hebahan berita di papan digital.
- Menyediakan rekabentuk grafik iklan universiti sama ada untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Memantau proses kerja jurufoto PKK dan menyelaras penyimpanan file maya koleksi foto-foto aktiviti rasmi universiti peringkat PKK.
- Bertanggungjawab merancang keperluan kewangan perjawatan dan urusan one-off PKK.
- Mentadbir dan menyelia kerja-kerja pentadbiran am di Wisma Media PKK.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Anthony Ulek Anak Jeti
Penolong Pendaftar
Tel: +603 8921 5333
Emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya






