Portal Berita UKM ialah sebuah portal yang memuatkan berita terkini mengenai aktiviti penyelidikan dan akademik di UKM.  Portal ini dilancarkan secara rasmi pada 18 Mei 2010 semasa  menyambut ulangtahun ke-40  UKM. Portal Berita ini adalah yang pertama seumpamanya yang dibangunkan oleh sebuah institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Objektif
Objektif  utama Portal Berita ini adalah untuk melaporkan berita penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan hasil penyelidikan, serta aktiviti-aktiviti rasmi dan akademik  di UKM. Selain itu Portal Berita juga melaporkan  berita yang berlaku di luar kampus jika ia berkaitan dengan UKM.


Fungsi Portal Berita UKM
Fungsi Portal Berita ini ialah untuk menghasilkan berita kejadian atau yang diperolehi melalui temubual dengan pakar-pakar penyelidik di UKM. Para penulis dan wartawan akan mengumpulkan bahan berita, menulis dan menterjemah berita berkenaan, mengedit dan seterusnya memuatnaik ke dalam portal berita. Selain memuatnaik berita serta gambar, webmaster akan membuat rekaletak banner berita tersebut. Berita itu juga akan disalur melalui twitter yang mempunyai pengikut di seluruh dunia.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Prof. Dr. Mohd Safar Hasim
Pengarah
_______________________
Tel: +603 8921 4834
Email:  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya (urusan pentadbiran)
           news@ukm.my (urusan portal berita)