Pusat Komunikasi Korporat dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan program akademik yang ditawarkan oleh semua fakulti di UKM di bawah unit pemasaran. Dalam melaksanakan tugasnya, Pusat Komunikasi Korporat  bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, MARA, yayasan pelajaran negeri, dan sekolah-sekolah menengah, yang dilakukan melalui pameran di seluruh negara.

Pusat Komunikasi Korporat juga sering menerima lawatan daripada pihak luar, khususnya sekolah-sekolah yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak PKK menerima pelawat-pelawat ini dan memberi taklimat dan mengiringi mereka dalam lawatan ke fakulti dan juga perpustakaan dan sekitar universiti.


Karnival Pendidikan 2012
Senarai lengkap Karnival Jom Masuk U dan lokasi pameran klik di sini