Pemakluman: KOLOKIUM PEGAWAI PENGURUSAN & PROFESIONAL (K3P) SIRI 4/2018

Jemputan Menghadiri Kolokium Pegawai Pengurusan & Profesional (K3P) Siri 4/ 2018

Seperti sedia maklum, Kolokium Pegawai Pengurusan & Profesional (K3P) telahpun dilaksanakan dan merupakan salah satu platform untuk para pegawai berkongsi ilmu dan pandangan daripada hasil menghadiri sesuatu konvensyen/seminar, program sangkutan serta berkongsi hasil kajian yang telah dijalankan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.  Program ini merupakan anjuran Profesional-UKM dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak KRA4 dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) UKM.  Selanjutnya, K3P Siri 4/2018 akan dilaksanakan dengan butiran seperti berikut:
Tarikh   : 16 Oktober 2018 (Selasa)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat  : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori
Sehubungan itu, bagi pihak penganjur, Profesional-UKM dengan penuh takzimnya menjemput  YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri K3P Siri 4/2018. Bersama-sama ini dilampirkan poster, atur cara dan senarai pembentang Kolokium K3P untuk makluman awal YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan.
Kesudian YBhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan memenuhi jemputan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
  
Abstrak Pembentang