Pemakluman Terkini: JEMPUTAN KE SYARAHAN KEPIMPINAN YBHG. TAN SRI ABDUL WAHID OMAR, PENGERUSI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA- TAJUK: “KEPIMPINAN MAMPAN”

Dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) dengan kerjasama Jabatan Pendaftar dan Unit Integriti akan menganjurkan program Syarahan Kepimpinan pada ketetapan seperti berikut:

 Tarikh : 18 April 2019 (Khamis)
 Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sesi Pendaftaran adalah pada 8.45 pagi)
 Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori

2.  Syarahan Kepimpinan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Kepimpinan UKM. Pentadbir Akademik dan para Pegawai Kanan Pengurusan & Profesional (P&P) di semua PTj amat digalakkan hadir ke syarahan kepimpinan ini. Penyertaan daripada kalangan staf akademik dan pelajar siswazah juga turut dialu-alukan.

3.  Sehubungan itu, pihak Profesional-UKM sangat berbesar hati jika YBhg. Prof. Datuk/Dato’/ Datin/ Prof./ tuan/ puan dapat meluangkan masa bagi menghadiri program ini.

Kerjasama pihak YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Datin/ Prof./ tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.