Pemakluman: Pertandingan Sajak / Pantun / Syair Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) akan menganjurkan pertandingan Sajak/Pantun/Syair dalam format rakaman video asli yang bertemakan:

i. ‘1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa ; dan

ii. UKM memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.

Pemenang:
1. Penilaian akan dilakukan oleh satu panel juri yang akan dilantik oleh pihak Profesional-UKM.
2. Tiga (3) pemenang yang terpilih akan diumumkan pada 15 November 2017 (Rabu).
3. Hasil karya pemenang akan dijadikan bahan latihan di Pelantar Maya Pembestarian Bakat UKM (MayaBestari@UKM).