Program Transformasi Minda

OBJEKTIF 

  • Memberi pendedahan  kepada  pegawai  mengenai  konsep  kenegaraan, prinsip  dan  falsafah  pembentukan  negara,  sistem  pentadbiran  kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;
  • Memupuk keperibadian,  jati  diri  dan  nilai  patriotisme  pegawai  supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
  • Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
  • Menyediakan pegawai  dengan  minda  kelas  pertama  selaras  dengan matlamat ke arah negara maju.

SASARAN PESERTA

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

  • Pegawai lantikan  pertama  pada  atau  selepas  1  Januari  2013  yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
  • Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi – Modul Umum.

SYARAT PENGECUALIAN

Pegawai yang   sedang   berkhidmat   yang   kemudiannya   dilantik   ke   skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:

  • hadir dengan jaya PTM; atau
  • hadir dengan jaya Kursus Induksi – Modul Umum; atau
  • lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

 

  •  Pengecualian ini boleh diberikan oleh Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/Agensi tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pengecualian tersebut hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai sebagai “Pegawai Dikecualikan Daripada PTM kerana telah Hadir Dengan Jaya PTM/Hadir Dengan Jaya Kursus Induksi-Modul Umum/lulus Peperiksaan Am Kerajaan” bagi memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan barunya dibuat dengan teratur.

KANDUNGAN  PROGRAM

Kerangka Kurikulum PTM ini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu

  • Segmen I            : Negara dan Perkhidmatan Awam;
  • Segmen II           : Budaya Kerja Kelas Pertama.
  • Segmen III          : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan

PELAKSANAAN

  • Pelaksanaan PTM   adalah   selama   lima   (5) hari

Maklumat Lanjut :

Rujuk lampiran PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN  14TAHUN 2012