SPeAK

 

UKM telah menghampiri usia 50 tahun dalam menyediakan tenaga kerja untuk sektor awam. UKM meneruskan amanah ini dengan menyediakan program SPeAK untuk menenuhi tuntutan negara dalam mendepani pelbagai cabaran seperti globalisasi, ekonomi tidak menentu dan Revolusi Perindustrian 4.0. Program SPeAK adalah program terkini yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara matlamat utama program SPeAK  adalah untuk membekalkan sektor awam dengan staf yang memahami dasar kerajaan, prinsip kepimpinan kerajaan yang berkesan dan positif serta memahami apa yang dimaksudkan untuk berkhidmat untuk kepentingan agama, negara dan bangsa selaras dengan Falsafah UKM.

Kursus di dalam program SPeAK direka dan diadun merentasi disiplin untuk memberi tumpuan kepada isu-isu kritikal dan perkembangan penting dan terkini yang berkaitan dengan pengurusan awam, seperti Revolusi Perindustrian 4.0, Analitik Data, Kepimpinan, Strategi, Pengurusan Prestasi dan Sumber Manusia.

MENGAPA PERLU SERTAI PROGRAM INI…

Program SPeAK ini direka untuk eksekutif yang sibuk dan dedikasi..

Program SPeAK  merupakan gabungan kursus-kursus yang dikendalikan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dan fakulti/pusat lain dalam UKM yang diuruskan oleh Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM). Program ini bertujuan memantapkan ilmu pengurusan kepada mereka yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi sama ada di sektor awam atau swasta.

Sistem blok diguna pakai bagi menunjukkan perbezaan tema kursus serta kepelbagaian tahap kompetensi dalam struktur program. Kursus-kursus sedia ada yang dijalankan oleh Profesional-UKM turut diserap dan ditawarkan di dalam blok-blok tertentu.

SPeAK terdiri daripada 6 blok kursus yang perlu diambil oleh pelajar. Pelajar perlu mengambil kesemua kursus dalam blok 1, 2 dan 3, dan kursus pilihan dalam blok 4.  Dalam Blok 5, pelajar boleh memilih kursus-kursus rentas ilmu mengikut keperluan pembangunan kerjaya pelajar. Blok 6 ialah projek penyelidikan sarjana yang wajib kepada semua pelajar. 6 blok kursus adalah seperti berikut:

KURSUS TERAS

Kursus Teras ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan mengukuhkan keupayaan teras bagi meningkatkan kaliber dalam kepimpinan dan pentadbiran serta memupuk sikap yang diperlukan dalam kerjaya sebagai pentadbir organisasi.

PENTADBIRAN AWAM

Kursus-kursus dalam blok ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam bidang pentadbiran khususnya pentadbiran awam dengan menghubungkaitkan isu etika dan integriti. Pendekatan kursus menerusi hasil penyelidikan lepas, penerbitan dalam jurnal terkenal dan pengalaman secara langsung dalam bentuk kajian kes.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kursus ini bertujuan untuk pelajar mendalami ilmu dalam penyelidikan dalam konteks reka bentuk penyelidikan dan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam penyelidikan untuk membentuk pelajar menjadi pentadbir yang membuat keputusan berdasarkan analisis data dengan cara yang lebih saintifik.

PENGURUSAN PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN

Kursus ini bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pemimpin organisasi, menerusi kajian-kajian kes organisasi terpilih dan perkongsian pengalaman daripada pengamal industri.

KEPELBAGAIAN PENTADBIRAN

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan profesionalisme pentadbir dari segi kepimpinan dan pentadbiran secara khusus dengan pendedahan kepada isu-isu yang berkaitan dengan minat dan bidang pelajar. Ini akan menyokong perancangan kerjaya pelajar untuk meningkatkan kepakaran dalam industri yang dinamik dan keperluan kepelbagaian.

PENYELIDIKAN KESARJANAAN

Penyelidikan dijalankan oleh pelajar dalam bidang kepimpinan dan pentadbiran di bawah bimbingan seorang pensyarah yang dilantik sebagai penyelia. Hasil laporan penyelidikan perlu disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2 semester.

6 Blok

Kursus Bermodular

45

Jumlah Jam Kredit

RM 25K

Yuran (Warganegara)

RM 556

Per Kredit

BAYAR YURAN IKUT JAM KREDIT…??

Setiap semester anda hanya perlu bayar yuran perkhidmatan + yuran berdasarkan jam kredit yang didaftarkan pelajar. Inikan program pembelajaran berterusan..

caret-down caret-up caret-left caret-right
Warganegara

Kadar yuran sepanjang tempoh program : RM25,000.  Kadar yuran pengajian berasaskan jam kredit: RM556 per jam kredit. Yuran Pendaftaran + Yuran Perkhidmatan: RM845++ mengikut semester.

Antarabangsa (Bukan Warganegara)

Kadar yuran sepanjang tempoh program : RM33,000. Kadar yuran pengajian berasaskan jam kredit: RM773 per jam kredit.

Staf UKM (Warganegara)

Kadar yuran sepanjang tempoh program : RM 20,000. Kadar yuran pengajian berasaskan jam kredit: RM 444 per jam kredit.

Pemegang biasiswa (HLP dan lain-lain)

Serahkan surat jaminan penajaan kepada Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari yang berpejabat di Lingkungan ke 2, UKM Kampus Bangi.

Kuliah SPeAK hanya di hujung minggu.. tidak perlu ambil cuti.

Dari kursus kepimpinan, pentadbiran awam, sehinggalah analitik data… SPeAK memenuhi keperluan anda.

SEBARANG PERTANYAAN…

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami. Kami berbesar hati untuk menerangkan.