Iklan Jawatan Kosong (Pelantikan Dan Kenaikan Pangkat – Oktober 2019) Di Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur) ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan dan kenaikan pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:

Lantikan :
1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43 / UD47 / UD51 / UD53
2. PEGAWAI DIETETIK GRED U41
3. JURUTERA GRED J41
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) GRED U41
5. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
6. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
7. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29
8. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
9. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19
10. PEMBANTU AWAM GRED H11
11. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Maklumat Lanjut: IKLAN LANTIKAN OKTOBER

Kenaikan Pangkat :
1. PEGAWAI KEWANGAN GRED W48
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U36
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U32
4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U32
5. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N28
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N26
7. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S22
8. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U14

Maklumat lanjut: IKLAN KENAIKAN PANGKAT OKTOBER

Cara memohon:

  1.  Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
  2. Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat
    mengikut gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM iaitu
    http://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/
  3. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  4. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses
  5. Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia
d/a Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

 

Tarikh Buka Iklan : 30 Oktober 2019
Tarikh Tutup Iklan : 13 November 2019