Majlis Penghargaan dan Sanjungan Budi Khas Buat Mantan Naib Canselor Dan Pegawai-Pegawai Kanan KKL UKM

Oleh Hafizah Mohamad Isa
Foto Hasnan Musa

SERI KEMBANGAN, 25 Januari 2019 – Pengurusan tertinggi Kampus Kuala Lumpur UKM dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah mengadakan satu majlis penghargaan dan makan malam bagi meraikan Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali mantan Naib Canselor UKM di Palace Of The Golden Horses pada malam ini.

Majlis ini juga turut meraikan dua orang pegawai kanan iaitu Puan Norini Mohamad yang telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan, Jabatan Bendahari UKM dan Dr. Hajah Ina Md. Yasin, Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber Manusia UKM serta ucapan penghargaan dan selamat bersara kepada Tuan Haji Sulaiman Jalil, Timbalan Pengarah Teknologi Maklumat yang akan bersara wajib.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Prof. Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd Shukor iaitu Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM UKM, Dekan-dekan Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi, Pengarah UMBI, Pengarah iHEARS, wakil Pengetua KTSN, wakil Pengetua KTDI, Timbalan Pengarah 11 Pusat Islam UKM dan Ketua Perpustakaan, Kampus Jalan Raja Muda UKM.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dalam ucapanya berkata, beliau amat berbangga dan mengucapkan tahniah dengan pencapaian Kampus Kuala Lumpur UKM serta mendoakan kejayaan seluruh warga Kampus Kuala Lumpur akan terus cemerlang dan yakin bahawa Naib Canselor UKM baharu, akan terus memberi sokongan dan memperjuangkan usaha yang telah dibuat sebelum ini.
Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi fotografi dan penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih dari seluruh PTJ Kampus Kuala Lumpur kepada Mantan Naib Canselor UKM dan pegawai – pegawai kanan KKL yang diraikan.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali merupakan Naib Canselor UKM ke -10 yang telah tamat tempoh pelantikannya pada 31 Disember 2018 lalu.