Peruntukan RM38 juta untuk peningkatan perkhidmatan HCTM

HCTM telah ditubuhkan dan beroperasi pada 1 Julai 1997 dan sehingga kini telah 21 tahun memberikan khidmat kepada masyarakat awam di Malaysia. Di usia 21 tahun sudah pasti HCTM memerlukan pembaikan bertujuan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Mesyuarat Pengurusan KKL Bil.13/2018 telah bersetuju untuk memperuntukan sejumlah RM38 juta bagi tujuan penggantian peralatan. Disamping itu juga sejumlah wang diperuntukkan untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti hospital di bawah program Forensik dan Green Project.

Bagi tujuan tersebut satu Jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan bagi mengenalpasti keutamaan keperluan penggantian dan kerja-kerja penambahbaikan. Dijangkakan ia akan memberi nilai tambah kepada kepuasan pelanggan yang berurusan di HCTM.