Zon Cheras Staff Parking Policy, Kuala Lumpur Campus

Berdasarkan hasil tinjauan kepada kakitangan di Zon Cheras Kampus Kuala Lumpur pada bulan Mac 2018, sebanyak 84% warganya telah mencadangkan agar polisi tersebut dikaji semula. Pihak pengurusan teringgi KKL telah menubuhkan Task Force berkaitan dengan melibatkan perwakilan daripada semua peringkat kakitangan pelbagai skim dan gred. Semua perkara yang diputuskan oleh Task Force berkenaan telah diangkat dan dipersetujui oleh Mesyuarat Pengurusan Kampus Kuala Lumpur Bil.12/2018 bertarikh 7 Jun 2018 dan turut dimaklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU). Keputusannya adalah seperti berikut:

Sumbangan tempat letak kenderaan khas kakitangan berbayar dimansuhkan mulai 1 September 2018;

Kakitangan yang terlibat masih boleh meneruskan pemotongan gaji secara bulanan dengan menentukan nilai sumbangan sama ada sebanyak RM10.00 (sumbangan minimum)/ RM………… (nyatakan jumlah sumbangan ) serta pilihan di antara ketiga-tiga tabung iaitu Tabung Ehsan Warga, Tabung Khazanah dan Tabung Kebajikan Pelajar. Pengesahan sumbangan perlu dibuat melalui pengisian dokumen Persetujuan Potongan Gaji Bagi Sumbangan Tabung yang dilampirkan pada Lampiran 1;

Bagi kakitangan yang tidak bersetuju meneruskan potongan gaji bagi sumbangan tabung, kelayakan tempat letak kenderaan yang telah diperuntukkan sebelum ini adalah tidak terbatal KECUALI terdapat penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

Polisi Tempat Letak Kenderaan (Zon Cheras) berkuatkuasa 1 September 2018 (Lampiran 2)

Pekeliling Jabatan Pendaftar Kampus Kuala Lumpur Bil. 1-2018

Lampiran 1 – Persetujuan Potongan Gaji Bagi Sumbangan Tabung

Lampiran 2 – Polisi Tempat Letak Kenderaan (Zon Cheras)