NIC PENYELIDIKAN

==============================Page under construction===============================

Dinamik Bumi

Kami mengkaji taburan dinamik dan evolusi plat-plat tektonik di atas bumi melalui masa, mekanisme pemacu geodinamik dan proses-proses tektonik, dan kaitannya terhadap sumber bumi dan persekitaran. Kajian kami meliputi paleomagnetik, semua aspek-aspek kajian lapangan, geokimia, petrologi, analisis geokronologi, perlombongan data, pemodelan numerik, juga sintesis rantau ke global. Pemahaman evolusi dinamik proses-proses ini merupakan kepentingan utama bagi memahami bencana yang berkaitan – gunung berapi, tanah runtuh dan gempa bumi – dan kajian sumber geologi,seperti petroleum dan mineral industri.

 

Geosains Gunaan

Kami menjalankan penyelidikan geologi asas bagi aplikasi dan impak terhadap tenaga, sekitaran, masalah industri dan infrastruktur. Kami mempunyai pengkalan kajian yang menyeluruh dan bersifat multidisplin.

 

Kajian Kelestarian

Kami meneroka isu-isu yang menyeluruh meliputi perubahan iklim, tenaga, air, penggunaan sumber, penggunaan tanah, pemuliharaan dan sekitaran selari dengan 17 Sustainable Development Goals (SDGs) yang digariskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.