Pusat Kebudayaan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan 2019

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pusat Kebudayaan UKM (@ukmbudaya) on

Rakyat Malaysia bakal merayakan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 ogos setiap tahun. Tema hari kebangsaan yang dipilih pada tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, adalah untuk menegaskan keutamaan perpaduan dan semangat cintakan Negara demi kesejahteraan dan keharmonian sejagat.

Pusat kebudayaan Universiti mengambil inisiatif ini dengan bersama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dengan mengibarkan jalur gemilang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Diharapkan dengan semangat ini, semua warga universiti dan masyarakat sekitarnya boleh menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan Integrasi Nasional dalam kalangan pelbagai masyarakat dan kaum di Malaysia seiring dengan tema Sayangi Malaysiaku.

– Iskandar Zulkipli